Pada era globalisasi yang semakin mengalir deras kearah pembangunan, kita dikaburi dengan pelbagai masalah sosial dan generasi muda semakin dipengaruhi unsur yang merosakkan pemikiran bangsa dan mengamalkan hedonisme. Maka sebagai generasi yang bakal menjadi tunggak utama dalam pembangunan negara, kita haruslah menghapuskkan segala halangan dan masalah ini dengan memupuk nilai-nilai murni dan semangat cinta akan budaya yang diwarisi turun temurun.
Muzium Negeri Selangor dengan kerja sama Majlis Daerah Kuala Langat telah menggunakan modus operandi yang serupa dengn mengadakan Hari Muzium Antarabangsa peringkat Negeri Selangor di Dataran Pantai Morib Kuala Langat bagi menghargai tradisi dan warisan yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia.
Antara pengisian acara tersebut adalah pertandingan seni silat, memanah secara tradisional, pertandingan wau tradisional dan jualan keris nusantara. Selain itu,acara ini dilengkapkan dengan himpunan motor klasik yang terbesar di Malaysia.
(Silat)
Seni mempertahankan diri ini sememangnya menjadi warisan budaya dan melambangkan identiti bangsa Melayu. Malahan, seni mempertahankan diri ini dipersembahkan dalam majlis-majlis kebesaran dan lebih lebih lagi, pahlawan Tanah Melayu dahulukala mempertahankan nusa tercinta ini daripada penjajah yang haus dengan kekayaan. Tanpa seni ini, kemungkinan kita menjadi warga asing di tempat sendiri dan menjadi bangsa yang terkapai kapai tanpa hala tuju. Maka,memang satu tindakan yang bernas dan bijak apabila seni ini dipertandingkan sekaligus memupuk nilai sentimental dan cinta akan negara dalam jiwa dan raga generasi baharu.
(Wau)
Disaat kebosanan yang melanda warga dahulukala, mereka bertindak kritis dan kreatif dengan menghasilkan permainan yang mengaplikasi bidang sains dan fizik serta unsur seni yang tidak boleh dipisahkan dalam ciptaan warga kreatif. Terbuktilah bahawa pemikiran orang dahulu kala bukan calang-calang cuma mereka tidak menyedarinya kerana kurang panduan yang betul.
(Keris Nusantara dan Busur tradisional)
Alat mempertahankan diri yang penuh dengn maksud yang tersirat. Maksud ini dapat dihayati apabila generasi baharu menceburkan diri dalam bidang ini sekaligus menyemarakkan semangat cinta akan budaya. Maka,seusai membaca artikel ini,r ajinkanlah tangan,bukalah minda dalam agar "input" ini dapat menambah ilmu yang berharga.
Saat Tanah Melayu diserang oleh bangsa penjajah, busur juga dijadikan alat mempertahankan Tanah Melayu dari jarak jauh. Maka sudah tentulah pengisian ini amat bersesuaian dalam majlis ini.
Bagi menggulung perkara diatas, akhirulkalam, seluruh strata masyarakat haruslah menerapkan nilai tradisi agar warisan dan tradisi ini tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas walaupun kita dihujani dengn pelbagai unsur moden yang positif mahupun negatif. Maju bangsa maju negara.
Artikel oleh
LAU CHEE KHANG
Jurnalis SMKBB