SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, September 21

Majlis Titipan Memori, Seikhlas Budi merupakan majlis bagi meraikan 3 orang guru SMK Bandar Banting yang bersara pada tahun 2020. 3 orang guru hebat tersebut ialah En Samsudin bin Andong, Pn Sarojadevi a/p Subramaniam dan En Mohamad Nahar bin Daim. Jurufoto: Jurnalis Fatin, Atiqah, Saharah dan Fatin Aqilah.
Video montaj kenang-kenangan buat 3 guru SMKBB yang bersara pada tahun ini, iaitu En Samsudin bin Andong, Pn Sarojadevi a/p Subramaniam dan En Mohamad Nahar bin Daim. Terima Kasih cikgu. Selamat bersara dan bersama keluarga tercinta.
Pada 1 September 2020, SMKBB telah dikunjungi oleh Ybhg. Datuk KSU KPM, Datuk Yusran Shah b Mohd Yusof bersama Pengarah JPN Selangor, Tuan Haji Izmi bin Ismail dan Pegawai PPD Kuala Langat, Tuan Azhar bin A.Kadir. Lawatan turun padang ini bertujuan melihat kelancaran perjalanan sekolah serta memantau keadaan fizikal sekolah. Para tetamu telah diberi taklimat ringkas oleh Pn Siti Asnah bt Ahmad selaku pengetua SMKBB. Alhamdulillah lawatan berjalan lancar dan penuh muhibah. Jurufoto: Jurnalis Fatin dan Wardina.
Warga SMK Bandar Banting berbesar hati menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ybhg. Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof pada esok hari (1 September 2020) ke teratak kami.
Kami warga SMKBB ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2020. Tema tahun ini ialah Malaysia Prihatin. Harapan kami agar keseluruhan warga SMKBB dan juga masyarakat diluar sana teruskan sikap prihatin dan cakna terhadap negara kita yang sangat kita cintai ini. (Gambar diambil pada tahun lepas ketika majlis penutup Bulan Patriotisme SMKBB 2019)
Sekalung tahniah buat Cikgu Hashim bin Saidin kerana mendapat Saguhati bagi Pertandingan Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi peringkat kebangsaan dan Kelab Fotojurnalis yang juga mendapat saguhati bagi Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai peringkat kebangsaan. Kedua-dua pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Semoga pecapaian ini menjadi semangat buat warga SMKBB untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang diceburi. Tahniah!!!