SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Khamis, Oktober 20

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-20 SMKBB

Kejohanan sukan tahunan kali ini terasa begitu istimewa dan meriah sekali lebih-lebih lagi setelah dua tahun kejohanan tidak diadakan. Buat pertama kalinya kejohanan sukan diadakan di Stadium Mini, Kolej Matrikulasi Selangor. Seawal 7 pagi lagi murid-murid SMKBB telah berkumpul di Dataran Bestari dan dengan perasaan yang teruja menunggu giliran menaiki bas untuk ke lokasi kejohanan. 
Kehadiran tetamu jemputan khas iaitu mantan guru SMKBB, Cikgu Hashim, Cikgu Rohizam dan Cikgu Norazim menjadikan suasana majlis kejohanan lebih ceria dan bersemangat. Walaupun telah bertugas di tempat baharu, namun SMKBB masih ada tempat di hati mereka.
Berikut merupakan gambar yang sempat Jurnalis rakamkan sepanjang kejohanan. Kejohanan kali ini penuh dengan warna-warni dan mengeratkan lagi hubungan sesama warga SMKBB. Tidak kira pasukan atau rumah manakah yang menang, warga SMKBB tetap satu dan semua adalah PEMENANG pada hari ini.
TAHNIAH!!!

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!













T A H N I A H ! ! !


Berikut merupakan keputusan Pasukan Petanque SMKBB di Kejohanan Petanque Daerah Kuala Langat 2022 yang berlangsung pada 18 hingga 19 Oktober yang lalu.

🥇Johan Single P18
🥇Johan Triple P18
🥈Naib Johan Triple L15
🥉Ketiga Double L15
🥉Ketiga Triple PPKI

Dengan kemenangan ini melayakkan SMKBB mendapat NAIB JOHAN🥈 bagi keseluruhan pertandingan dengan pungutan 15 mata.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada para atlit, jurulatih dan pengurus pasukan.

Sumber gambar: Cikgu Farisa

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!







Rabu, Oktober 19

Majlis Sekalung Budi, Seindah Kenangan








Majlis Sekalung Budi, Seindah Kenangan (18 Oktober 2022) - Majlis perpisahan buat dua orang guru SMKBB yang berhijrah ke tempat baharu. Guru tersebut ialah Cikgu Norazim dan Cikgu Nor Shazwani. Cikgu Norazim dinaikkan pangkat sebagai GKMP Sains Kemanusiaan di SMK Tanjung Sepat, manakala Cikgu Nor Shazwani ditempatkan sebagai guru PPKI di SMK Sungai Manggis. Dua figura ini merupakan guru yang banyak menabur jasa dan bakti kepada warga SMKBB. Selamat bertugas dan Selama Maju Jaya buat cikgu berdua. Jutaan terima kasih buat cikgu dan jangan lupakan kami di sini ya.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan

#SMKBB: Be The Best!!!


Isnin, Oktober 17

Perhimpunan Rasmi dan Latihan Rumah Sukan

Pada perhimpunan rasmi kokurikulum kali ini (17 Oktober 2022), telah diadakan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan-pertandingan semasa Minggu Koakademik dan Hari Sukan Negara. Tahniah buat semua pemenang dan tahniah juga kepada kelas 4 ST 1 yang berjaya membawa piala pusingan, sijil dan wang tunai RM 50 kerana mengungguli tempat teratas kelas terbersih dan terceria pada minggu lepas.

Aktivti lain yang berlangsung pada hari ini ialah latihan rumah sukan bagi persediaan kejohanan sukan olahraga SMKBB.













Sabtu, Oktober 15

Hari Komunikasi (Peperiksaan Pertengahan Tahun)

Sekitar Hari Komunikasi SMKBB yang diadakan pada 14 Oktober 2022. Tahniah atas sokongan pada para ibu bapa dan penjaga yang hadir pada hari komunikasi. Sama-sama kita doakan anak-anak SMKBB terus cemerlang dan berjaya dari segi sahsiah dan akademik.

Jurufoto: Jurnalis Fatin Aqilah dan Jurnalis Balqis










PROGRAM HALA TUJU KERJAYA: TAKLIMAT KOLEJ VOKASIONAL

Pada 13 Oktober yang lalu telah diadakan satu sesi taklimat dari Kolej Vokasional Sultan Abdul Samad, Banting kepada murid-murid tingkatan 3 yang berminat untuk memasuki Kolej Vokasional. Jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran KVSAS yang sudi hadir memberikan taklimat dan berkongsi ilmu dengan murid-murid SMKBB.


#Kebersamaan Memacu Kegemilangan

#SMKBB: Be The Best!!!










Sabtu, Oktober 8

 


 Selamat menduduki Pentaksiran Pusat Pendidikan Islam, Bahasa Tamil dan Bahasa Cina bagi calon-calon SPM 2022 SMK Bandar Banting.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!




"Jadikan sekolah tempat menimba ilmu yang menyeronokkan" kata pesanan dari Cikgu Norazim bin Khamin. Cikgu Norazim selama berbelas tahun lamanya menabur budi dan jasa di SMKBB akan berhijrah ke tempat baharu sebagai GKMP Sains Kemanusiaan di SMK Tanjung Sepat.

Kami warga SMKBB mengucapkan sekalung tahniah ke atas Cikgu dan selamat maju jaya di tempat baharu. Kami pasti merindui dan mengingati jasa dan suri teladan cikgu.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!


Hari Sukan Negara Peringkat SMK Bandar Banting

Semangat kesukanan terserlah dalam diri warga SMKBB. Pelbagai acara menarik disediakan seperti Program 10,000 Langkah, Penalti Bola Sepak, Bola Jaring, Bola Tampar, Catur, E-Sukan, Ping Pong dan banyak lagi. Ternyata setiap acara mendapat sambutan yang luar biasa dan memberangsangkan. Warga SMKBB juga memulakan HSN dengan acara Senamrobik ynag dipimpin oleh Cikgu Heezaema dan Pasukan Senamrobik SMKBB. Dalam masa yang sama terdapat bermacam gerai jualan makanan untuk warga SMKBB mengisi perut selepas penat bersukan. Tahniah semua yang menjayakan HSN 2022!!!

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan

#SMKBB: Be The Best!!!