SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, Oktober 15

Warkah Kenangan Buat Cikgu Ong….

Kehadapan Cikgu Ong rakanku yang diingati selalu…Diharapkan dirimu sentiasa sihat sejahtera…Lewat hari persaraan mu…hati ini meronta-ronta untuk mencoretkan kenangan di helaian kertas ini…
Kita dibesarkan disebuah negeri yang sama iaitu Perak Darul Ridzuan…kita juga dibesarkan di sebuah tempat yang sama iaitu Bagan Serai.Perak. Pekan kecil yang tenang namun meriah.
            Cikgu Ong….mengenali dirimu dari tahun 1999..Sejak mula saya ditempatkan di  SJKC Choong Hua,Banting. Isteri Cikgu Ong, Pn Ng Chai Leng merupakan rakan sekerja disekolah yang sama dan sering bantu membantu dalam panitia yang sama,,iaitu panitia Bahasa Inggeris. Waktu itu saya sering melihat Cikgu Ong mengambil dan menghantar isteri dan anak-anak beliau kesekolah. Adakala kita bertembung dan senyuman terukir dibibirmu sambil bertanya khabar. Waktu itu saya mengenali Ong sebagai seorang guru disiplin di SMK Methodist. Kacak dan kemas…dengan tali leher dan baju berlengan panjang…itu yang selalu dilihat pada waktu itu.
            Tahun 2009, selepas saya menamatkan pembelajaran saya di universiti, saya ditempatkan di SMK Bandar Banting…dan saya memang mengetahui kamu telah berpindah disini….dalam hati…Hmmm…nasib baik ada rakan yang masih dikenali di SMK Bandar Banting.