SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Selasa, Julai 23

Majlis Penutup Pesta Pantun Kebangsaan 2019

Majlis Penutup Pesta Pantun Kebangsaan tahun ini telah berlangsung di Dewan Antares, Kolej Matrikulasi Selangor. Pasukan KEDAH dinobatkan JOHAN keseluruhan Pesta Pantun pada tahun ini setelah mengungguli kategori Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. TAHNIAH buat semua peserta dan semua yang terlibat dalam menjayakan Pesta Pantun pada kali ini.




Selasa, Julai 2

Jumaat, Jun 28



Jamuan Raya





Sambutan Hari Guru & Hari Pekerja SMKBB 2019

Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa,
Enam belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru jangan di lupa.
Sebagai memperingati jasa guru di seluruh Malaysia, Majlis Tentatif Hari Guru telah disambut awal oleh seluruh warga SMK Bandar Banting yang telah dilangsungkan pada 24 April 2019 yang lalu yang bertempat di Dataran Bestari SMK Bandar Banting. Tema pemakaian hari guru pada hari tersebut merupakan tema batik. Majlis yang bermula pada pukul 7:30 pagi dan berakhir pada pukul 12:50 tengah hari ini telah dimulai dengan bacaan doa selamat pada pukul 7:30 pagi dan kemudian disusuli oleh makan pagi pada pukul 7:45 pagi.
Pada pukul 8:15 pagi, majlis ini dijayakan lagi dengan perarakan para guru di atas karpet merah dan diapit oleh para pengawas sekolah SMK Bandar Banting serta bunga manga. Gimik hari guru dan acara memotong kek telah dijalankan semasa berlangsungnya majlis ini pada pukul 9:00 pagi. Adegan suap-menyuap oleh pengetua sekolah dengan guru-guru yang lain sungguh mencuit hati para pelajar.
Pada pukul 9:20 pagi pula, Muhammad Syahir merangkap ketua pelajar SMK Bandar Banting telah membuat ucapan di khalayak warga sekolah yang mewakili para pelajar tanda terima kasih atas jasa guru dan kemudiannya disusuli oleh ucapan pengetua, Puan Asnah Binti Ahmad dan akhir sekali disusuli oleh ucapan YDP PIBG. Usai sahaja YDP PIBG membuat ucapan, Majlis Tentatif Hari Guru ini diteruskan lagi dengan anugerah tokoh guru 2019.
Pada pukul 10:20 pagi, acara sukaneka juga telah dijalankan untuk memeriahkan lagi suasana. Terdapat pelbagai acara yang telah diadakan bagi memeriahkan suasana yang disertai oleh para guru dan juga staff SMK Bandar Banting sebagai pesertanya. Terdapat juga beberapa orang pelajar yang melibatkan diri dalam sukaneka tersebut bagi melengkapi anggota pasukan dalam beberapa acara yang dijalankan. Sementelah itu, ianya disusuli oleh persembahan yang hebat serta mengagumkan daripada para pelajar yang terlibat.
Pada pukul 12:20 tengah hari pula, acara penyampaian hadiah pula dijalankan. Terdapat pelbagai acara yang diadakan oleh para guru SMK Bandar Banting yang disertai oleh para pelajarnya seperti Pertandingan Murid Video Kreatif, Teka Anak Siapa dan bermacam macam lagi. Majlis ini berakhir kira kira pada pukul 12:50 tengah hari dengan aktiviti gotong royong yang melibatkan para pelajar SMK Bandar Banting yang telah bekerjasama dalam aktiviti ini. Aktiviti gotong royong ini kemudiannya disusuli oleh jamuan makan sebelum semuanya bersurai.
Jurufoto: Syamimi, Atiqah, A'qilah dan Heng Kar Lok
Laporan: Aina Ameera






Majlis Muhibbah CNY 2019

Pada 1 Februari 2019, SMK Bandar Banting telah mengadakan Majlis Muhibbah bersempena Tahun Baru Cina yang disambut oleh kaum Cina beragama Buddha yang bertempat di Dataran Bestari SMKBB. Majlis ini bermula daripada pukul 7:30 pagi hingga 9:00 pagi bagi sesi pagi, manakala 2:30 petang hingga 3:30 petang pula bagi sesi petang.Bermula 7:20 pagi hingga 7:40 pagi, bacaan surah Al-Kahfi bagi pelajar Muslim diadakan, manakala aktiviti Moral dan Penghayatan Nilai Murni pula bagi pelajar non-Muslim.Pelajar SMK Bandar Banting berkumpul di Dataran Bestari pada pukul 7:40 pagi hingga 7:50 pagi sebelum majlis bermula.Juruacara memulakan majlis pada pukul 7:50 pagi hingga 8:00 pagi.Bagi pembukaan majlis pada hari tersebut, persembahan Tarian Singa dilakukan dan ketibaan VIP naik ke pentas pada pukul 8:00 pagi hingga 8:35 pagi. Pada pukul 8:35 pagi hingga 8:45 pagi pula, ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada Pengetua SMK Bandar Banting , iaitu Puan Siti Asnah Binti Ahmad dimulai dengan kata-kata aluan . Selepas itu, pemberian cenderahati dari Persatuan Bahasa Cina kepada Pengetua sebagai penghargaan diadakan. Dari jam 8.45 hingga 9.00 pagi pula diadakan tarian kipas dari kaum cina perempuan dan persembahan lagu tahum baru cina. Penonton teruja dengan persembahan yang penuh semangat. Habis sahaja persembahan mereka,warga SMKBB mengagihkan limau mandarin kepada semua murid dan guru SMKBB. Semua bersurai dan masuk ke kelas untuk pdp seperti biasa.
Jurufoto: Akmal, Atiqah dan A'qilah Juruvideo: Zafir dan Nabil
Laporan : Jauza dan Fatin