SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Sabtu, Julai 30

Program Kerjaya Dalam ICT

Pada 29 Julai yang lalu, beberapa orang pelajar Fakulti Teknologi Maklumat Universiti Tun Abdul Razak telah berkunjung ke SMK Bandar Banting bagi menyampaikan program kerjaya dalam ICT. Pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains 2 telah terpilih mengikuti program tersebut yang diadakan di Bilik APD, SMK Bandar Banting.

Bengkel Strategi Menjawab Soalan ICT SPM 2011

Pada 27 Julai 2011, telah berlangsung bengkel strategi menjawab soalan ICT SPM 2011 anjuran panitia ICT sekolah-sekolah daerah Kuala Langat di Bilik Azis, SMK Bandar Banting. Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Banting yang mengambil mata pelajaran ICT. Bengkel ini telah disampaikan oleh En Choo Keng Fook, yang merupakan guru pakar ICT di SMK Klang Utama.Bengkel ini mendedahkan para pelajar mengenai teknik menjawab peperiksaan ICT dan juga tips-tips yang berguna berdasarkan jenis dan format soalan. Harapan guru-guru ICT SMK Bandar Banting ialah supaya pelajar dapat menjawab ICT kelak dengan penuh yakin, sekaligus skor dalam mata pelajaran tersebut.

Ahad, Julai 24

Kursus Modul Pemantapan Pedagogi (Kreativiti Dalam P&P) Sains Di Bawah Dasar MBMMBI


Tarikh: 23 Julai 2011 
Masa: 8.00 pagi – 2.00 petang
Tempat: Bilik Mokhtar
Anjuran: Panitia Sains SMK Bandar Banting

Perkhemahan Badan Beruniform (NGO) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2011

Bertempat di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sepang, satu perkhemahan tahunan badan beruniform NGO peringkat negeri Selangor telah diadakan.Badan beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri, St John dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Seramai hampir 300 pelajar sekolah menengah daripada daerah-daerah dalam negeri Selangor telah menyertai perkhemahan tahunan ini. 2 pelajar SMKBB telah turut serta dalam perkhemahan ini (pandu puteri dan pengakap). 

Ahad, Julai 17

Program Motivasi Belajar(Pelajar Asnaf) Siri 3

Pada 16 Julai yang lalu, satu program motivasi belajar bagi pelajar asnaf telah diadakan di Surau Al-Kauthar SMKBB.

Gotong-Royong Sekolah Fasa 1 (16 Julai)

Lanskap sekolah yang kemas dan cantik memainkan peranan yang penting bagi memastikan sekolah dalam keadaan ceria dan selesa. Sehubungan itu pihak sekolah telah melaksanakan program gotong-royong secara berperingkat bagi menambah baik lanskap sekolah sedia ada. Kerjasama diantara guru, pekerja sokongan dan pelajar SMKBB adalah amat penting bagi memastikan keindahan sekolah dapat dipelihara.


Jumaat, Julai 15

Latihan Dalam Perkhidmatan: Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS)

Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan sistem baru bagi analisis peperiksaan secara talian yang dinamakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah(SAPS). Sehubungan itu, satu program LDP telah dianjurkan pada 15 Julai bagi mendedahkan guru-guru SMKBB mengenai penggunaan sistem SAPS ini. Guru Mata Pelajaran dan Guru Tingkatan perlu mengemas kini markah serta maklumat pelajar melalui SAPS. SAPS boleh diakses melalui laman web berikut: http://saps.moe.gov.my

Muat turun manual panduan guru kelas SAPS: klik disini
Muat turun manual panduan guru mata pelajaran SAPS: klik disini
Muat turun manual panduan setiausaha peperiksaan SAPS: klik disini 




Isnin, Julai 11

Program Strategi & Teknik Menjawab SPM 2011

Bermula 11 Julai sehingga 27 Julai 2011, Program Strategi & Teknik Menjawab SPM akan dijalankan mengikut jadual yang telah disediakan. Program ini akan dijalankan pada 11, 13, 14, 19, 20, 21 dan 27 Julai 2011. Program yang pertama ialah teknik menjawab soalan Matematik SPM (11 Julai) dan diakhiri dengan teknik menjawab soalan ICT SPM (27 Julai). Pelajar yang terlibat ialah pelajar tingkatan 5 dan kehadiran adalah wajib. Program seumpama ini diharap dapat membantu pelajar SPM menghadapi peperiksaan kelak dengan yakin dan cemerlang. 

Ahad, Julai 10

Majlis Perkahwinan Pn Nuriy Nurhane dan pasangan En. Mohd Sofwan

Warga SMKBB mengucapkan sekalung tahniah kepada Pn Nuriy kerana telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama pilihan hati En. Mohd Sofwan pada 10hb Julai 2011 di kediamannya  Jalan Kebun, Shah Alam. Semoga hubungan yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sabtu, Julai 9

Lawatan Kelab Pencinta Filem Ke Majlis Pelancaran Tayangan Filem Untuk Rakyat (KL Festival 2011)

Bersempena dengan Festival KL 2011, Finas telah mengadakan satu program "Tayangan Filem Untuk Rakyat" di mana filem-filem tempatan akan ditayangkan secara percuma di Finas. Kelab Pecinta Filem SMKBB telah dijemput untuk menghadiri pelancaran majlis tersebut diikuti tayangan filem KL Gangster.



Jumaat, Julai 8

Ceramah Israk Mikraj dan Majlis Pelancaran Wakaf Al-Quran Surau Al-Kauthar

Pada 8 Julai yang lalu, SMKBB telah mengadakan program ceramah Israk Mikraj dan Pelancaran Wakaf Al-Quran Surau Al-Kauthar SMKBB. Lebih 200 naskah Al-Quran yang telah diwakafkan akan ditempatkan di surau Al-Kauthar SMKBB. Semoga naskah kitab suci ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh warga SMKBB.



Rabu, Julai 6

Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah

Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah dianjurkan untuk menggalakkan minat membaca dan meningkatkan kemahiran penulisan di kalangan pelajar SMKBB. Ain Maisarah adalah seorang penulis novel remaja popular yang telah menghasilkan lebih 18 novel "best seller".



Sabtu, Julai 2

Larian 1Murid 1Sukan 1Malaysia


Kira-kira tiga juta pelajar dan guru sekolah telah menyertai satu pertandingan larian yang dilakukan secara serentak diseluruh negara pada 2 Julai bersempena pelancaran Dasar 1Murid 1Sukan.

Lawatan Kelab Pencinta Filem Ke Majlis Anugerah Karyawan Animasi 2011


Pada 27 Jun yang lepas Kelab Pencinta Filem SMKBB telah dijemput menghandiri Majlis Anugerah Karyawan Animasi.