SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, Januari 15

Kata pepatah, 'Patah tumbuh, hilang berganti'. Tetapi yang tumbuh berganti tidak akan sama dengan yang pergi. Meski bersyukur di atas rezeki kurniaan Allah dinaikkan pangtkat, namun pemergian ini amat berat dirasakan buat tiga orang guru atau lebih molek wirawati SMKBB.Kenapa wirawati? Kerana mereka adalah tulang belakang SMKBB yang telah menabur bakti sekian lama di sini. Mereka yang dimaksudkan ialah Puan Hajah Nor Aisah, Puan Hajah Rosmawati dan juga Puan Hazrina. Majis perpisahan ini bertujuan menghargai jasa tiga orang insan istimewa ini. Selamat bertugas dan menggalas tugas baharu buat mereka. Kami warga SMKBB mendoakan cikgu-cikgu sekalian terus sukses dan cemerlang di mana sahaja di tempatkan.



Pelbagai riak wajah yang dapat dilihat pada pagi 29 Disember. Masing-masing, tidak kira para ibu bapa dan bakal murid SMKBB datang dengan sejuta harapan dan segunung impian. Kasihnya ibu dan ayah jelas kelihatan semasa sesi pendaftaran hari ini. Segala keperluan asas cukup dan telah tersedia demi sayangnya terhadap insan yang bergelar anak ini. Buat si anak dan bakal bergelar warga SMKBB, galaslah tanggungjawab sebagai seorang anak dan murid dengan sebaik mungkin. Jaga akhlakmu, tingkatkan usahamu. Selamat Datang Kami Ucapkan. Terima Kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh semua para ibu bapa dan penjaga. SMKBB THE BEST!!!