SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Ahad, November 27

Program Ceramah Sempena Maulidur Rasul SMKBB

Pada 25 November yang lalu, bertempat di Surau Al-Kauthar, SMKBB telah diadakan satu ceramah sempena Maulidur Rasul. Ceramah dibahagikan kepada dua sesi, iaitu pada pukul 7.30 pagi bagi murid sesi pagi manakala pukul 3.30 bagi murid sesi petang. Ceramah khas ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yusri Hafiz Yusuf. Tajuk yang disampaikan pula ialah 'Motivasi Surah Al-Fatihah'. Ternyata sepanjang ceramah, murid-murid sentiasa fokus dan mengamati setiap kata yang disampaikan oleh penceramah.

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Yusri Hafiz Yusuf dan rakannya serta pihak penganjur, Panitia Pendidikan Islam SMKBB.

Jurufoto: Jurnalis Fatin Aqilah

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan

#SMKBB: Be The Best!!!






Majlis Perpisahan Puan Rasyiddah binti Abd Rahim

Selamat maju jaya buat salah seorang AKP SMKBB, Puan Rasyiddah binti Abd Rahim yang dinaikkan pangkat dan akan bertugas di tempat baharu di SK Pandamaran Jaya. Selama berkhidmat lebih 8 tahun di SMKBB, Puan Rasyiddah merupakan seorang AKP yang sangat disenangi dan sering kali memudahkan tugasan warga SMKBB. Semoga Pn Rasyiddah terus cemerlang di tempat baharu. 

TAHNIAH dan JUTAAN TERIMA KASIH PN RASYIDDAH.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan

#SMKBB: Be The Best!!!






Khamis, November 17

 T A H N I A H ! ! !


Keputusan Akhir Karnival Olimpik Muda Bola Jaring.

B16 - Johan 🥇
B14 - Ketiga 🥉

💐 Tahniah dan Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, Pentadbir, para pemain, juru latih, pengurus pasukan serta semua guru yang telah memberi sokongan kepada Team Bola Jaring SMKBB secara langsung mahupun tidak langsung.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!





Isnin, November 14

 T A H N I A H ! ! !


Alhamdulillah.

ANUGERAH TERBAIK PENGURUSAN PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH NEGERI SELANGOR.

Tahniah dan Terima Kasih kepada individu-individu hebat yang menyumbang secara langsung dan tidak langsung sehingga melayakkan SMKBB mendapat anugerah ini.

❤️PKP
❤️GKMP
❤️Ketua Panitia
❤️Semua Guru Pendidikan Islam

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!

Kejayaan kalian kebanggaan kami seluruh warga SMKBB 🌹🌹🌹



Isnin, November 7

 T A H N I A H ! ! !

Pemain petanque SMKBB, saudara Muhd. Zul Fakhri Bin Zul Fazli dari 3 Arif telah berjaya mendapat TOP 8 di Kejohanan 1000 Liga Petanque Peringkat Negeri Selangor 2022 anjuran KBS Selangor dan Persatuan Petanque Kuala Langat.
Selain itu, Zul Fazli juga satu-satunya murid sekolah menengah yg berjaya ke peringkat Suku Akhir dan mendapat Hadiah Khas Pencapaian Terbaik (No. 1) bagi pelajar sekolah menengah.
Di peringkat suku akhir Zul Fazli telah ditewaskan oleh pemain SUKMA Negeri Selangor 2022 dengan kiraan 11 - 13.
Sumber Gambar : Cikgu Faathir
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!





 T A H N I A H ! ! !

Pasukan Bola Baling SMKBB berjaya mendapat JOHAN dalam Kejohanan Bola Baling Olimpik Muda Daerah Kuala Langat Kategori L15.
Tahniah juga buat jurulatih dan pengurus pasukan. Teruskan kecemerlangan di masa mendatang.
Sumber Gambar: Cikgu Wan Saiful Anuar
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!




Rabu, November 2

Pada 2 November 2022 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKBB Kali Ke-19 bertempat di Dataran Bestari, SMKBB. Mesyuarat agung kali ini dirasmikan oleh Puan Nur Hafizah binti Ya'acob@Mohd Nor, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kuala Langat/Sepang. Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan teratur dan dihadiri murid-murid tingkatan 3 dan 4. Semoga Koperasi SMKBB Berhad pada tahun ini dan seterusnya terus cemerlang dan memperoleh keuntungan yang terbaik demi kesejahteraan warga SMKBB.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!









Selasa, November 1

 T A H N I A H ! ! !

Berikut merupakan pencapaian peserta SMK Bandar Banting di Mahrajan Adab dan Nilai (ADNI) Peringkat Daerah Kuala Langat 2022.
JOHAN
Nyanyian Solo Lagu Kerohanian (P), Festival Kesenian Islam Sekolah-sekolah Men. (FKISS)
Nurul Hidayah bt R. R Jali
* Nurul Hidayah mendapat tempat kelima Nyanyian Solo Lagu Kerohanian (P), FKISS peringkat negeri Selangor.
NAIB JOHAN
1. Pertandingan e-Video Animasi Sahsiah Terbuka sekolah Men. FKISS:
i. Nur Fitri Aleeya Balqish bt Abd Khalid (4 AK1)
ii. Nurin Syafiqah bt Mohd Haliman (4 AK1)
iii. Arnisya Ayuni bt Muhd Nuramin (4 AK1)
2. Kalimatussobah Men. Atas (L), Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah Men. (ILSS)
Muhammad Saiful Izham bin Samsul
TEMPAT KETIGA
1. Kalimatussobah Men. Ren. (P), Ihtifal Lughawi Sekolah-sekolah Men. (ILSS)
Siti Nur Balqis binti Norazikin
2. Acara e-Dendangan Syair Adab dan Nilai, Festival Kesenian Islam sekolah-sekolah Men. (FKISS)
Daniesya Alieya binti Jalakri
3. Nyanyian Solo Lagu Kerohanian (L) sekolah men., FKISS
Danish Hakimie bin Azril Hafiq
TEMPAT KEEMPAT
1. Acara e-Kalimatussobah (P) Men. Atas, ILSS
Afrina Nur Qistina binti Rosli
TEMPAT KELIMA
1. Acara e-Deklamasi Sajak Adab dan Nilai, FKISS
Hadif Hazim bin Azizul Marhan
2. Acara e-Kalimatussobah (L) Men. Rendah, ILSS
Muhammad Amirul Fahim bin Mohd Fahmi
Syabas buat para peserta dan guru pembimbing. Semoga kejayaan kali ini menjadi pemangkin semangat untuk terus cemerlang selepas ini.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!