SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Ahad, November 27

Program Ceramah Sempena Maulidur Rasul SMKBB

Pada 25 November yang lalu, bertempat di Surau Al-Kauthar, SMKBB telah diadakan satu ceramah sempena Maulidur Rasul. Ceramah dibahagikan kepada dua sesi, iaitu pada pukul 7.30 pagi bagi murid sesi pagi manakala pukul 3.30 bagi murid sesi petang. Ceramah khas ini disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Yusri Hafiz Yusuf. Tajuk yang disampaikan pula ialah 'Motivasi Surah Al-Fatihah'. Ternyata sepanjang ceramah, murid-murid sentiasa fokus dan mengamati setiap kata yang disampaikan oleh penceramah.

Jutaan terima kasih kepada Ustaz Yusri Hafiz Yusuf dan rakannya serta pihak penganjur, Panitia Pendidikan Islam SMKBB.

Jurufoto: Jurnalis Fatin Aqilah

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan

#SMKBB: Be The Best!!!