Pada 2 November 2022 telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi SMKBB Kali Ke-19 bertempat di Dataran Bestari, SMKBB. Mesyuarat agung kali ini dirasmikan oleh Puan Nur Hafizah binti Ya'acob@Mohd Nor, Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Kuala Langat/Sepang. Mesyuarat berlangsung dengan lancar dan teratur dan dihadiri murid-murid tingkatan 3 dan 4. Semoga Koperasi SMKBB Berhad pada tahun ini dan seterusnya terus cemerlang dan memperoleh keuntungan yang terbaik demi kesejahteraan warga SMKBB.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!