SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, November 15

KLPF 2021


Tahun ini merupakan tahun keempat Kelab Fotojurnalis SMKBB terlibat dalam festival fotografi terbesar di Asia Tenggara iaitu Kuala Lumpur Photography Festival 2021. Melalui segmen The Young Photographers Program, karya anak-anak SMKBB akan dipamerkan secara atas talian berangsung dari 1 sehingga 12 Disember 2021. Jom kita sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan karnival fotografi yang terbesar di Asia Tenggara ini.
Dari mata turun ke lensa,
Dari hati turun ke pena.
Semoga Kelab Fotojurnalis SMKBB terus sukses di masa akan datang.
SMKBB: Be The Best!!!


Jumaat, Oktober 29

Tahniah buat murid PPKI SMKBB, adik MUHAMMAD UMAR HAZIQ BIN ABDUL RAHIM kerana memenangi TEMPAT KEDUA untuk MASAKAN RIMBA dan TEMPAT KETIGA untuk HIDANGAN MANIS. dalam Pertandingan E-Badan Beruniform Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Langat.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!



Sabtu, Oktober 9

Mesyuarat Agung PIBG SMKBB Kali Ke-20

 Alhamdulillah, berakhir sudah secara mesyuarat hibrid. Semoga perjalanan sekolah yang kita sayangi ini berjalan lancar pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Jutaan terima kasih buat para ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada mesyuarat agung kali ini. Teruskan menyokong dan mendukung pihak sekolah dalam memastikan anak-anak SMKBB terus cemerlang akademik dan akhlaknya.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!





Isnin, Oktober 4

Hari Pertama Pembukaan Semula Sekolah 4 Oktober 2021

 Sekitar hari pertama pembukaan semula sekolah melibatkan murid-murid PPKI SMK Bandar Banting. Kelihatan murid-murid yang hadir ceria dan bersemangat. Mari kita sama-sama doakan semoga segala urusan sesi persekolahan anak-anak SMKBB berjalan lancar dan cemerlang.

Sumber Gambar: Cikgu Nor Azmayani
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMBB: Be The Best!!!






Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 9/10/21
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Medium : Youtube Live dan Google Meet
: pautan Google Meet akan dimaklum kemudian
Sehubungan dengan itu, dijemput para ibu bapa dan penjaga murid-murid SMK Bandar Banting untuk hadir dan terlibat dalam mesyuarat agung kali ini.
Terima kasih atas kerjasama semua.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!


Jumaat, Oktober 1

Tahniah salah seorang murid SMKBB, Nur Wardina Alia binti Mahmud, mendapat tempat PERTAMA daerah Kuala Langat dan tempat KEEMPAT negeri Selangor bagi pertandingan Video Digital STEM di STEM Online Challenge Negeri Selangor Tahun 2021.



 

Jumaat, September 17

 Tahniah anak-anak SMKBB yang cemerlang dalam PERTANDINGAN VIDEO KEMAHIRAN KRIKET MSSD KUALA LANGAT 2021.

Kategori L18
MUHAMMAD SYAMIL FADZLI BIN SHAHARUDDIN - TEMPAT KELIMA
AMIRUL HAFIZ BIN ABDULLAH - TEMPAT KESEMBILAN
Kategori P18
DHIA WAFI KHALISHAH BINTI HAESRIQ - NAIB JOHAN
NURUL MAISARAH BINTI ABDULLAH - TEMPAT KETIGA
NURUL AIN SYAWALIA BINTI MUHAMAD ZAIDI - TEMPAT KELIMA
4 orang pemain SMBB layak mewakili daerah ke peringkat MSSS.
TAHNIAH!! TERUSKAN KECEMERLANGAN.



 Tahniah kepada adik SANTHANAA SRI A/P MAARI kerana bejaya mendapat TEMPAT KETIGA dan adik MADHUUSHRI A/P GOPALAKRISHNAN mendapat TEMPAT KEENAM kategori P15 di Kejohanan Video Kemahiran Hoki MSSD Kuala Langat 2021.



Warga SMKBB mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan staf sokongan yang bersara wajib pada tahun ini, iaitu Puan Aslimah binti Lewan, guru Bahasa Melayu dan Setiausaha Kurikulum yang sangat berdedikasi dan tidak lokek ilmu berkongsi pengalaman luas beliau dan Encik Shamsudin bin Mat Nor, Staf sokongan yang sangat ringan tulang dan sentiasa memudahkan tugasan para guru SMKBB. Dalam masa sama, warga SMKBB juga mengucapkan jutaan tahniah kepada Guru PJK, Bahasa Inggeris dan Setiausaha Sukan SMKBB, Encik Hashim bin Saidin yang naik pangkat sebagai GKMP Sains Kemanusiaan di SMK Pulau Carey.
Selamat datang persaraan,
Selamat datang perpisahan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan, sebuah kehidupan.
TERIMA KASIH CIKGU ASLIMAH, ENCIK SHAMSUDIN DAN CIKGU HASHIM



 


 

Selasa, September 14

Tahniah buat adik Rosellyana binti Ramli, mendapat TEMPAT KETIGA Pertandingan Kemahiran Bola Tampar Secara Atas Talian MSSD Kuala Langat 2021 kategori Perempuan Bawah 15 Tahun. Syabas!!!

 


 

Khamis, September 9


 


 

Ahad, September 5


 


 

Rabu, September 1

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2021

 Makluman dan jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun SMKBB 2021. Murid-murid sila ambil perhatian berkenaan PPT yang bakal berlangsung secara atas talian bermula 6 September 2021. Harap Maklum.










Kejohanan Catur MSSD 2021

 TAHNIAH buat pemain catur SMKBB atas pencapaian cemerlang dalam Kejohanan Catur MSSD Kuala Langat 2021.





Malaysia Quran Hour 2021

Tahniah buat semua warga SMKBB yang menghantar gambar momen Quran Hour dan TAHNIAH juga buat guru dan murid yang gambarnya terpilih sebagai pemenang.





 

Selasa, Ogos 31


 

Ahad, Ogos 29




 

Selasa, Ogos 24


 


 

Sabtu, Ogos 21