SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Jumaat, September 17

Warga SMKBB mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru dan staf sokongan yang bersara wajib pada tahun ini, iaitu Puan Aslimah binti Lewan, guru Bahasa Melayu dan Setiausaha Kurikulum yang sangat berdedikasi dan tidak lokek ilmu berkongsi pengalaman luas beliau dan Encik Shamsudin bin Mat Nor, Staf sokongan yang sangat ringan tulang dan sentiasa memudahkan tugasan para guru SMKBB. Dalam masa sama, warga SMKBB juga mengucapkan jutaan tahniah kepada Guru PJK, Bahasa Inggeris dan Setiausaha Sukan SMKBB, Encik Hashim bin Saidin yang naik pangkat sebagai GKMP Sains Kemanusiaan di SMK Pulau Carey.
Selamat datang persaraan,
Selamat datang perpisahan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan, sebuah kehidupan.
TERIMA KASIH CIKGU ASLIMAH, ENCIK SHAMSUDIN DAN CIKGU HASHIM