SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, Jun 4

Alhamdulillah, khamis lalu 15 Ramadhan satu majlis berbuka puasa bersama-sama murid-murid tingkatan 3 dan 5 telah diadakan di SMKBB. Majlis berjalan dengan lancar. Antara pengisian majlis ialah bacaan surah Al-Kahfi beserta maksudnya, majlis berbuka puasa dan solat sunat terawih berjemaah.


Alhamdulillah Pasukan Puteri Islam Kuala Langat yang dianggotai beberapa murid SMKBB telah mendapat JOHAN di Pertandingan Gema Selawat Sempena Ihya Ramadan Peringkat Negeri Selangor di Cyberjaya.



Sambutan Hari Guru SMKBB 2018

Guru adalah penyuluh hidup kami. Tanpa guru, siapalah kami. SMK Bandar Banting telah mengadakan sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja pada tarikh 16 Mei 2018. Tema pemakaian bagi para guru tahun ini adalah pasangan kembar. Pukul 7.20 pagi para guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari. Perarakan guru pada 8.15 pagi. Guru berjalan beriringan dengan pasangan kembar mereka. Selesai saja perarakan guru, semua murid menyanyikan lagu rasmi. Selepas itu guru pula diminta menyanyikan lagu yang wajib dinyanyikan pada Hari Guru, iaitu 'Kami Guru Malaysia'. Para guru menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat. Jam 9.15 pagi, Pengetua SMK Bandar Banting, Puan Siti Asnah binti Ahmad memberi ucapan sepatah dua. Guru-guru juga mengadakan sukaneka. Senyuman daripada para murid tidak pernah lekang dari bibir melihat keletah para guru. Persembahan dari murid juga tidak kurang hebatnya. Mereka menunjukkan bakat yang terpendam dalam dalam diri mereka. Penyampaian hadiah bagi pertandingan pentaque, badminton kategori lelaki dan perempuan, catur pada 12.30 tengah hari. Kalah dan menang adalah adat permainan. Majlis berkahir kira-kira jam 12.50 tengah hari. Para guru dan murid menjamu selera dan bersurai.





TN50 Video Contest by MOE

Majlis yang kasual dan santai ini telah berlangsung di TGV Cinemas, Suria, KLCC pada 4 Mei yang lalu. Selain daripada para finalis pertandingan Pertandingan Video Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050, tetamu jemputan yang turut hadir ialah Encik Johan Mahmood Merican (Timbalan Ketua Pengarah Modal Insan, Unit Perancangan Ekonomi), Encik Dzameer Dzulkifli (Ikon Belia TN50) dan ramai lagi. Acara dimulakan dengan kata ucapan perasmian, persembahan video di layar perak kemudian sesi pembentangan daripada para pemenang setiap kategori dan diakhiri dengan tayangan filem Avengers: Infinity War. Para finalis juga disediakan tempat penginapan di Corus Hotel, Jalan Ampang. Bagi Jurnalis Zulfahmie dan Jurnalis Syamil, kemenangan yang diperoleh adalah satu pencapaian yang tidak disangka-sangka. Mereka membawa pulang sejumlah RM 3000 wang tunai, sebuah dron, sebuah kamera, trofi dan juga hamper. Peluang menginap disebuah hotel ditengah kota metropolitan Kuala Lumpur digunakan sepenuhnya untuk menjelajah ke beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur iaitu PADU-Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan kerana memberi kami peluang dan ruang ini. Kami berharap pertandingan seperti ini menjadi satu platform untuk generasi muda menyuarakan hasrat dan impian mereka menjelang 2050.
Ikuti perjalanan jurnalis Zulfahmie dan Jurnalis Syamil di Kuala Lumpur: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10211808627027318.1073741854.1118892135&type=1&l=d82447ef62
TN50 Video Contest by MOE





Kejohanan Memanah MSSD

Gambar-gambar di sekitar kejohanan memanah MSSD Kuala Langat. Harapan dengan penganjuran kejohanan ini dapat melahirkan pemanah-pemanah terbaik dari Kuala Langat dan dapat menggilap lagi bakat para pemanah Kuala Langat agar lebih cemerlang di peringkat yang lebih tinggi seperti di Kejohanan MSSS dan seterusnya. InsyaAllah.





SMKBB THE BEST

SMKBB THE BEST!!! Johan Keseluruhan Kejohanan Kriket MSSD Kuala Langat. Berikut pencapaian pasukan Kriket SMKBB 2018:

1.Pasukan SMKBB A (Johan)
2.Pasukan SMKBB B (Tempat Ketiga)

Anugerah :
1. Pemain Terbaik (L) - Waqar Ahmad
2. Pemain terbaik (P) - Nik Nurlisa
3. Pemukul Terbaik - Hafidzi
4. Wicketkeeper Terbaik - Noraizam


Anda Terhebat!!! Tahniah buat guru dan staf SMKBB yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017. Teruskan legasi kecemerlangan anda.

Kejohanan Sukan Tahunan SMKBB 2018



Sukan tahunan sudah berlabuh tirainya, tahniah buat warga SMKBB yang telah memberi komitmen yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung. Pelbagai ragam, aksi dan kenangan tercipta sepanjang kejohanan. Tahniah semua anda terbaik!!!! Rumah Sukan Ungu mengekalkan kejuaraan sebagai Rumah Sukan Terbaik, manakala Rumah Kuning dengan tema Timur Tengah dan menggunakan barang-barang kitar semula telah mengungguli kategori perbarisan. Rumah Hijau tidak kurang hebatnya mengekalkan takhta Tarik Tali.