Guru adalah penyuluh hidup kami. Tanpa guru, siapalah kami. SMK Bandar Banting telah mengadakan sambutan Hari Guru dan Hari Pekerja pada tarikh 16 Mei 2018. Tema pemakaian bagi para guru tahun ini adalah pasangan kembar. Pukul 7.20 pagi para guru dan murid berkumpul di Dewan Bestari. Perarakan guru pada 8.15 pagi. Guru berjalan beriringan dengan pasangan kembar mereka. Selesai saja perarakan guru, semua murid menyanyikan lagu rasmi. Selepas itu guru pula diminta menyanyikan lagu yang wajib dinyanyikan pada Hari Guru, iaitu 'Kami Guru Malaysia'. Para guru menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat. Jam 9.15 pagi, Pengetua SMK Bandar Banting, Puan Siti Asnah binti Ahmad memberi ucapan sepatah dua. Guru-guru juga mengadakan sukaneka. Senyuman daripada para murid tidak pernah lekang dari bibir melihat keletah para guru. Persembahan dari murid juga tidak kurang hebatnya. Mereka menunjukkan bakat yang terpendam dalam dalam diri mereka. Penyampaian hadiah bagi pertandingan pentaque, badminton kategori lelaki dan perempuan, catur pada 12.30 tengah hari. Kalah dan menang adalah adat permainan. Majlis berkahir kira-kira jam 12.50 tengah hari. Para guru dan murid menjamu selera dan bersurai.