SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, Julai 13

Terima Kasih pihak Yayasan Hartalega atas kesudian menyumbangkan pelitup muka, cecair pembasmi kuman, risalah dan baucer Mcdonalds bernilai RM50 kepada murid-murid Tingkatan 5 SMK Bandar Banting. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.




Khamis, Julai 2

Selamat Bersara Cikgu Nahar

Selamat bersara buat Cikgu Mohamad Nahar Bin Daim, seorang guru hebat dan berdedikasi dan bertahun lamanya menabur budi di SMKBB. Merupakan guru cemerlang Bahasa Melayu dan pernah menjadi jurulatih utama kebangsaan di bahagian disiplin. Dalam bidang sukan pula, ketokohan beliau dalam melatih pasukan bola sepak tidak dapat disangkal lagi. Semoga Cikgu Nahar terus cemerlang dan berbahagia disamping keluarga tercinta.
Jutaan Terima Kasih CIKGU NAHAR.


Ragam pagi pertama pembukaan semula sekolah. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Norma baharu harus dipatuhi buat semua warga SMKBB. Terima kasih AJK PIBG yang turut sama hadir pada hari ni dan tak lupa juga para pegawai dari PPD yang memantau dan memberi khidmat nasihat kepada sekolah kami.















Video Simulasi Pembukaan Sekolah SMK Bandar Banting. Teruskan mematuhi SOP dan amalkan norma baharu bagi memutuskan rantaian Covid-19. Semua warga SMKBB harus menonton video ini.

Sekitar perjalanan simulasi pembukaan sekolah. Guru-guru menjadi pelakon dalam simulasi ini. Simulasi ini diadakan bagi melihat tahap kesediaan sekolah sempena menerima kehadiran murid pada 24 Jun ini dengan norma baharu.






Taklimat berkaitan simulasi pelaksanaan pembukaan semula sekolah telah diadakan pada 22 Jun 2020 di Dewan Bestari, SMKBB. Semua guru telah hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh pentadbir dan JK Pengurusan Bencana Sekolah.





Pada hari Sabtu, 13 Jun 2020, telah diadakan satu taklimat daripada pihak sekolah kepada AJK PIBG dan KISB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) tentang persiapan pihak SMKBB menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun nanti. Para AJK PIBG dan KISB juga berkesempatan melawat sekitar sekolah dan bergotong royong dalam menyiapkan beberapa aspek persediaan pembukaan sekolah. Tahniah para AJK PIBG dan KISB . Terima kasih atas kesudian turun padang dan sama-sama membantu pihak sekolah dalam melancarkan perjalanan pembukaan semula sekolah.





Persiapan Pembukaan Sekolah

Sepanjang minggu ini (9-13 Jun), guru-guru dan staf SMKBB telah turun padang dan berganding bahu dalam mempersiapkan sekolah sempena pembukaan semula sekolah setelah lebih 3 bulan ditutup akibat pandemik covid-19. Langkah-langkah (SOP) dalam pembukaan semula sekolah dari KPM dan MKN merupakan panduan utama kami dalam memastikan sekolah bersiap sedia menerima murid-murid tingkatan lima pada 24 Jun nanti. Keseluruhan kawasan sekolah terutama bilik darjah dan bilik-bilik khas telah disusun atur mengikut garis panduan dari pihak kerajaan.













Video khas buat warga SMKBB sempena Hari Raya Aidilfitri. Walaupun tahun ni kita beraya dirumah sahaja, kemesraan dapat diwujudkan dengan menggunakan teknologi yang ada. #kitajagakita


SOP Keselamatan PKPB yang dipraktikkan di SMKBB. #kitajagakita #putusrantaicovid19




Video Khas buat warga guru SMKBB, nukilan dari anak-anak SMKBB buat guru tersayang. Selamat menonton.


Selamat bersara buat dua insan hebat dan banyak berjasa kepada warga SMKBB, Cikgu Samsudin Bin Andong dan Puan Sarojadevi a/p A. Subramaniam. Jasamu akan kami kenang selalu. Terima Kasih CIKGU.


Alhamdulillah, Majalah Iltizam telah memasuki edisi ke-8 pada tahun ini. Teruskan menyokong majalah Iltizam yang sarat dengan info, perkembangam akademik, himpunan gambar SMKBB sepanjang tahun yang pasti menjadi satu nostalgia dan rujukan buat para warga SMKBB suatu hari nanti. Hargai apa yang kita ada masa kini untuk dikenang sebagai suatu pengajaran bagi generasi yang mendatang.

Hari Penyerahan Slip SPM

Tahniah buat warga SMKBB yang telah menagmbil slip keputusan SPM. Ingatlah ini bukan sebuah pengakhiran tetapi sebuah permulaan perjalanan hidupmu yang panjang. Syabas dan Tahniah!!!





Hari Persaraan Cikgu Norazimah Bt Ab Aziz

Hari ni merupakan hari terakhir perkhidmatan Cikgu Nor Azimah Bt Ab Aziz, selamat bersara cikgu. Terima Kasih atas segala pengorbanan yg telah dicurahkan buat warga SMKBB.