SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Jumaat, Oktober 29

Tahniah buat murid PPKI SMKBB, adik MUHAMMAD UMAR HAZIQ BIN ABDUL RAHIM kerana memenangi TEMPAT KEDUA untuk MASAKAN RIMBA dan TEMPAT KETIGA untuk HIDANGAN MANIS. dalam Pertandingan E-Badan Beruniform Pendidikan Khas Peringkat Daerah Kuala Langat.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!



Sabtu, Oktober 9

Mesyuarat Agung PIBG SMKBB Kali Ke-20

 Alhamdulillah, berakhir sudah secara mesyuarat hibrid. Semoga perjalanan sekolah yang kita sayangi ini berjalan lancar pada tahun ini dan tahun-tahun berikutnya. Jutaan terima kasih buat para ibu bapa dan guru-guru yang hadir pada mesyuarat agung kali ini. Teruskan menyokong dan mendukung pihak sekolah dalam memastikan anak-anak SMKBB terus cemerlang akademik dan akhlaknya.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!





Isnin, Oktober 4

Hari Pertama Pembukaan Semula Sekolah 4 Oktober 2021

 Sekitar hari pertama pembukaan semula sekolah melibatkan murid-murid PPKI SMK Bandar Banting. Kelihatan murid-murid yang hadir ceria dan bersemangat. Mari kita sama-sama doakan semoga segala urusan sesi persekolahan anak-anak SMKBB berjalan lancar dan cemerlang.

Sumber Gambar: Cikgu Nor Azmayani
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMBB: Be The Best!!!






Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-20 akan diadakan seperti butiran berikut :
Tarikh : 9/10/21
Hari : Sabtu
Masa : 10.00 pagi
Medium : Youtube Live dan Google Meet
: pautan Google Meet akan dimaklum kemudian
Sehubungan dengan itu, dijemput para ibu bapa dan penjaga murid-murid SMK Bandar Banting untuk hadir dan terlibat dalam mesyuarat agung kali ini.
Terima kasih atas kerjasama semua.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!


Jumaat, Oktober 1

Tahniah salah seorang murid SMKBB, Nur Wardina Alia binti Mahmud, mendapat tempat PERTAMA daerah Kuala Langat dan tempat KEEMPAT negeri Selangor bagi pertandingan Video Digital STEM di STEM Online Challenge Negeri Selangor Tahun 2021.