SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Khamis, September 29

Sekitar Program Ceramah Bahaya Dadah, Perasmian Minggu Anti Dadah , Perasmian Minda Sihat dan Pameran Anti Dadah dari Agensi Antidadah Kuala Langat.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!









Isnin, September 26

Sekitar Perhimpuan Rasmi Sekolah (Unit BSMM) dan Pelancaran Minggu Koakademik dan Bulan Bahasa SMK Bandar Banting. Tahniah buat Unit BSMM kerana berjaya menguruskan perhimpunan rasmi dengan baik sekali. Tahniah juga buat para guru dan murid yang menjayakan gimik dan persembahan pada hari ini.

Jom kita serta pelbagai aktiviti yang menarik sepanjang Minggu Koakademik dan Bulan Bahasa SMKBB.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!








Ahad, September 25

 Minggu ini (26 September - 3 Oktober) bermulanya Minggu Koakademik dan Bulan Bahasa SMK Bandar Banting 2022. Pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk anak-anak SMKBB sertai. Jom sama-sama kita menjayakannya. Kejayaan dalam bidang koakademik juga menjadi pemangkin kepada kejayaan anda dalam bidang akademik dan membentuk sahsiah juga keperibadian cemerlang.


#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!



Sabtu, September 24

Sekitar Program Gotong Royong Perdana yang diadakan pada hari ini (24 September).
Terbaik
semua. Penglibatan para guru, murid, staf sokongan, ibu bapa, alumni murid dan tak lupa penglibatan alumni guru yang pernah berkhidmat di SMKBB.
Kehadiran anda semua membuktikan PROBAK (Program Bakti) SMKBB membuahkan hasil dan jutaan terima kasih atas sokongan dan khidmat bantu anda semua.
Bersama-samalah kita menyayangi dan menghargai apa yang sekolah kita miliki.
Sumber Gambar: Guru-Guru SMKBB
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!

 

 Kelab Fotojurnalis di Pentas Kuala Lumpur Photograpy Festival (KLPF) 2022.


Buat sekian kalinya, Kelab Fotojurnalis SMKBB terlibat dengan festival fotografi yang berprestij, KLPF. Tahniah buat Jurnalis Puteri Aien atas pembentangan dan perkongsian ilmu sebagai wartawan sekolah. Tahniah juga buat para jurnalis yang karyanya dipamerkan di festival kali ini. Terima kasih juga buat mantan pengerusi Kelab Fotojurnalis, iaitu saudara Zulfahmie dan saudari Fatin Adlina atas kehadiran dan sokongan anda.

Terima kasih juga buat penganjur Kuala Lumpur Photography Festival KLPF atas kesudian menjemput kami sekali lagi.

Tak lupa sokongan kepimpinan sekolah, Puan Siti Asnah binti Ahmad dan juga warga SMKBB yang lain.

"Dari mata turun ke lensa,
Dari hati turun ke pena"

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!






 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

✅ Koperasi SMKBB mengadakan pertandingan Mereka Bentuk T-Shirt Sekolah (Murid). Pertandingan ini terbuka kepada semua Guru dan Murid SMKBB.
✅ Maklumat pertandingan boleh rujuk pada poster.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!



Khamis, September 22

 Assalamuaikum dan Sealamt Sejahtera,

Jom ramai-ramai turun ke sekolah sabtu ini untuk berganding bahu dalam Gotong Royong Perdana SMKBB.
🌷Semoga kehadiran tuan puan dapat menjayakan aktiviti yang dirancang.
🌷Mari bersama menyediakan sedikit juadah untuk dinikmati bersama.
🌷Mohon bawa peralatan yang difikirkan perlu untuk menjayakan aktiviti yang dirancang.

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!



Isnin, September 19

 Sekitar majlis Pelancaran Program Mentor Mentee dan Program Bakti (PROBAK) SMKBB pada 19 September 2022. Dalam masa yang sama turut diraikan hari kelahiran September warga SMKBB.


#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!








Ahad, September 18

T A H N I A H ! ! !
Najla binti Mohamad Najib (4SK) berjaya mendapat JOHAN Anugerah NILAM kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat.
Najla akan mewakili Daerah Kuala Langat ke peringkat Negeri Selangor, insyaAllah.
Terima kasih kepada guru pembimbing, Cik Anita Santhini.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!


 

Rabu, September 14

 T A H N I A H ! ! !


Danisya Alieya binti Jalakri dari kelas 5PN2, berjaya mendapat TEMPAT KETIGA dalam Pertandingan Deklamasi Sajak Teguh Bersama anjuran MPKL. Tahniah buat Danisya dan guru pembimbingnya, Cikgu Rosmaria.

Sumber Gambar: Cikgu Rosmaria

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!





Selasa, September 13

Sekitar Majlis Penutup Bulan Kemerdekaan SMK Bandar Banting pada 12 Julai 2022 yang lalu. Semoga tersemat kemas semangat kemerdekaan dalam jiwa anak-anak SMKBB.


#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!










Ahad, September 4

 

🌹Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
🌹 Pihak sekolah berhasrat untuk mengecat semula pagar di kawasan pintu masuk sekolah supaya kembali menarik dan ceria.
🌹Sehubungan itu, marilah kita menyumbang untuk pembelian cat dan peralatan yang diperlukan.
🌹Semoga sumbangan ikhlas yang diberikan berjaya merealisasikan projek berkenaan.
🌹TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA YANG DIBERIKAN.
#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!