SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Sabtu, September 24

 Kelab Fotojurnalis di Pentas Kuala Lumpur Photograpy Festival (KLPF) 2022.


Buat sekian kalinya, Kelab Fotojurnalis SMKBB terlibat dengan festival fotografi yang berprestij, KLPF. Tahniah buat Jurnalis Puteri Aien atas pembentangan dan perkongsian ilmu sebagai wartawan sekolah. Tahniah juga buat para jurnalis yang karyanya dipamerkan di festival kali ini. Terima kasih juga buat mantan pengerusi Kelab Fotojurnalis, iaitu saudara Zulfahmie dan saudari Fatin Adlina atas kehadiran dan sokongan anda.

Terima kasih juga buat penganjur Kuala Lumpur Photography Festival KLPF atas kesudian menjemput kami sekali lagi.

Tak lupa sokongan kepimpinan sekolah, Puan Siti Asnah binti Ahmad dan juga warga SMKBB yang lain.

"Dari mata turun ke lensa,
Dari hati turun ke pena"

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!