SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Jumaat, Disember 30

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1


30 Disember 2011 merupakan hari bersejarah bagi mereka yang pertama kali melangkah ke alam sekolah menengah. Pada hari ini, pelajar Tingkatan 1 dan pelajar kelas peralihan SMK Bandar Banting bagi sesi 2012 mendaftar diri sebagai warga SMKBB.

Khamis, Disember 29

SOALAN LAZIM BERKAITAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA MALAYSIA MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS (MBMMBI)

1.
Apakah itu Dasar MBMMBI?
Dasar MBMMBI ialah dasar Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) untuk memastikan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di semua sekolah kebangsaan dan sekolah menengah serta memastikan murid boleh menguasai bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan fasih dan betul.

2.
Apakah perbezaan antara Dasar PPSMI dan Dasar MBMMBI?
Dasar PPSMI menetapkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengajaran dan pembelajaran (p&p) sains dan matematik di sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Tamil dan sekolah menengah.

Dasar MBMMBI menetapkan penggunaan bahasa Malaysia sebagai bahasa p&p sains dan matematik di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah, bahasa Cina di sekolah jenis kebangsaan Cina dan bahasa Tamil di sekolah  jenis kebngsaan Tamil.