SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Jumaat, Ogos 26

Solat Hajat Perdana Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat

Pada 25 Ogos bersamaan 25 Ramadhan, telah berlangsung majlis iftar dan solat hajat perdana anjuran PPD Kuala Langat di surau Al-Kauthar, SMK Bandar Banting. Solat hajat ini dianjurkan agar pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini beroleh kejayaan yang cemerlang di samping keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini. Para tetamu yang hadir ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Tn Hj Abdul Talib Bin Hamid, pengetua/guru besar sekolah di Kuala Langat, guru-guru Pendidikan Islam Kuala Langat dan guru-guru SMK Bandar Banting. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan diakhiri dengan solat hajat dan solat sunat terawih.

Rabu, Ogos 17

Program Nilam

Membaca merupakan satu amalan mulia, lantas dengan itu bagi menjadikan membaca sebagai satu budaya warga SMK Bandar Banting, setiap hari bermula jam 7.15 pagi, pelajar beserta para guru akan turun ke Dataran Bestari bagi menjayakan program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Pelajar dan guru akan membaca sebarang buku ilmiah dari 7.15 hingga 7.30 pagi dimana sebelum perhimpunan harian dimulakan.

Peperiksaan Percubaan PMR 2011

Selamat menjawab peperiksaan percubaan PMR bagi pelajar tingkatan 3 SMK Bandar Banting. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan memperoleh keputusan yang baik. Selamat Maju Jaya dari warga pendidik SMK BANDAR BANTING.

Sabtu, Ogos 13

Majlis Berbuka Puasa

Panitia Pendidikan Islam dan Kelab Staf telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa pada 12 Ogos yang lepas. Pelajar tingkatan 5, AJK PIBG dan guru-guru SMKBB telah sama-sama mengimarahkan majlis berbuka puasa ini. Antara pengisian pada majlis berbuka puasa ialah, tadarus Quran yang dimulakan jam 6.30 petang, majlis berbuka puasa, solat terawih dan tazkirah Ramadhan.

Rabu, Ogos 10

Perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan SMK Bandar Banting 2011

Sempena dengan Bulan Kemerdekaan 2011, Bidang Kemanusiaan SMKBB telah mengadakan perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan 2011. Bulan Penghayatan Kemerdekaan ini akan bermula dari 8 Ogos sehinggalah 19 Sepetember 2011. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia: Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.