SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, Ogos 10

Perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan SMK Bandar Banting 2011

Sempena dengan Bulan Kemerdekaan 2011, Bidang Kemanusiaan SMKBB telah mengadakan perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan 2011. Bulan Penghayatan Kemerdekaan ini akan bermula dari 8 Ogos sehinggalah 19 Sepetember 2011. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia: Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.

Sepanjang Bulan Penghayatan Kemerdekaan ini, terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan pihak sekolah, antaranya ialah, pertandigan keceriaan kelas bertemakan Hari Kebangsaan, menulis sajak kemerdekaan dalam bahasa Melayu dan Inggeris, teka silangkata, kuiz kemerdekaan, pertandingan multimedia dan lain-lain lagi. Objektif utama aktiviti-aktiviti ini ialah bagi menyemarakkan bulan kemerdekaan disamping menambahkan ilmu pengetahuan warga SMKBB mengenai kemerdekaan negara serta menanam sifat patriotik dikalangan warga SMKBB.

Koleksi gambar perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan sesi pagi


Koleksi gambar perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan sesi petang