SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, September 21

Majlis Titipan Memori, Seikhlas Budi merupakan majlis bagi meraikan 3 orang guru SMK Bandar Banting yang bersara pada tahun 2020. 3 orang guru hebat tersebut ialah En Samsudin bin Andong, Pn Sarojadevi a/p Subramaniam dan En Mohamad Nahar bin Daim. Jurufoto: Jurnalis Fatin, Atiqah, Saharah dan Fatin Aqilah.
Video montaj kenang-kenangan buat 3 guru SMKBB yang bersara pada tahun ini, iaitu En Samsudin bin Andong, Pn Sarojadevi a/p Subramaniam dan En Mohamad Nahar bin Daim. Terima Kasih cikgu. Selamat bersara dan bersama keluarga tercinta.
Pada 1 September 2020, SMKBB telah dikunjungi oleh Ybhg. Datuk KSU KPM, Datuk Yusran Shah b Mohd Yusof bersama Pengarah JPN Selangor, Tuan Haji Izmi bin Ismail dan Pegawai PPD Kuala Langat, Tuan Azhar bin A.Kadir. Lawatan turun padang ini bertujuan melihat kelancaran perjalanan sekolah serta memantau keadaan fizikal sekolah. Para tetamu telah diberi taklimat ringkas oleh Pn Siti Asnah bt Ahmad selaku pengetua SMKBB. Alhamdulillah lawatan berjalan lancar dan penuh muhibah. Jurufoto: Jurnalis Fatin dan Wardina.
Warga SMK Bandar Banting berbesar hati menerima kunjungan Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ybhg. Datuk Yusran Shah Bin Mohd Yusof pada esok hari (1 September 2020) ke teratak kami.
Kami warga SMKBB ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan 2020. Tema tahun ini ialah Malaysia Prihatin. Harapan kami agar keseluruhan warga SMKBB dan juga masyarakat diluar sana teruskan sikap prihatin dan cakna terhadap negara kita yang sangat kita cintai ini. (Gambar diambil pada tahun lepas ketika majlis penutup Bulan Patriotisme SMKBB 2019)
Sekalung tahniah buat Cikgu Hashim bin Saidin kerana mendapat Saguhati bagi Pertandingan Sayembara Penulisan Kisah Inspirasi peringkat kebangsaan dan Kelab Fotojurnalis yang juga mendapat saguhati bagi Pertandingan Video Pendek Berteraskan Nilai peringkat kebangsaan. Kedua-dua pertandingan ini merupakan anjuran Bahagian Pendidikan Islam, KPM. Semoga pecapaian ini menjadi semangat buat warga SMKBB untuk terus berusaha mencapai kejayaan dalam apa jua bidang diceburi. Tahniah!!!

Isnin, Julai 13

Terima Kasih pihak Yayasan Hartalega atas kesudian menyumbangkan pelitup muka, cecair pembasmi kuman, risalah dan baucer Mcdonalds bernilai RM50 kepada murid-murid Tingkatan 5 SMK Bandar Banting. Kecil tapak tangan nyiru kami tadahkan.




Khamis, Julai 2

Selamat Bersara Cikgu Nahar

Selamat bersara buat Cikgu Mohamad Nahar Bin Daim, seorang guru hebat dan berdedikasi dan bertahun lamanya menabur budi di SMKBB. Merupakan guru cemerlang Bahasa Melayu dan pernah menjadi jurulatih utama kebangsaan di bahagian disiplin. Dalam bidang sukan pula, ketokohan beliau dalam melatih pasukan bola sepak tidak dapat disangkal lagi. Semoga Cikgu Nahar terus cemerlang dan berbahagia disamping keluarga tercinta.
Jutaan Terima Kasih CIKGU NAHAR.


Ragam pagi pertama pembukaan semula sekolah. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Norma baharu harus dipatuhi buat semua warga SMKBB. Terima kasih AJK PIBG yang turut sama hadir pada hari ni dan tak lupa juga para pegawai dari PPD yang memantau dan memberi khidmat nasihat kepada sekolah kami.















Video Simulasi Pembukaan Sekolah SMK Bandar Banting. Teruskan mematuhi SOP dan amalkan norma baharu bagi memutuskan rantaian Covid-19. Semua warga SMKBB harus menonton video ini.

Sekitar perjalanan simulasi pembukaan sekolah. Guru-guru menjadi pelakon dalam simulasi ini. Simulasi ini diadakan bagi melihat tahap kesediaan sekolah sempena menerima kehadiran murid pada 24 Jun ini dengan norma baharu.






Taklimat berkaitan simulasi pelaksanaan pembukaan semula sekolah telah diadakan pada 22 Jun 2020 di Dewan Bestari, SMKBB. Semua guru telah hadir dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh pentadbir dan JK Pengurusan Bencana Sekolah.





Pada hari Sabtu, 13 Jun 2020, telah diadakan satu taklimat daripada pihak sekolah kepada AJK PIBG dan KISB (Kumpulan Sokongan Ibu Bapa) tentang persiapan pihak SMKBB menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun nanti. Para AJK PIBG dan KISB juga berkesempatan melawat sekitar sekolah dan bergotong royong dalam menyiapkan beberapa aspek persediaan pembukaan sekolah. Tahniah para AJK PIBG dan KISB . Terima kasih atas kesudian turun padang dan sama-sama membantu pihak sekolah dalam melancarkan perjalanan pembukaan semula sekolah.





Persiapan Pembukaan Sekolah

Sepanjang minggu ini (9-13 Jun), guru-guru dan staf SMKBB telah turun padang dan berganding bahu dalam mempersiapkan sekolah sempena pembukaan semula sekolah setelah lebih 3 bulan ditutup akibat pandemik covid-19. Langkah-langkah (SOP) dalam pembukaan semula sekolah dari KPM dan MKN merupakan panduan utama kami dalam memastikan sekolah bersiap sedia menerima murid-murid tingkatan lima pada 24 Jun nanti. Keseluruhan kawasan sekolah terutama bilik darjah dan bilik-bilik khas telah disusun atur mengikut garis panduan dari pihak kerajaan.