SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, November 15

KLPF 2021


Tahun ini merupakan tahun keempat Kelab Fotojurnalis SMKBB terlibat dalam festival fotografi terbesar di Asia Tenggara iaitu Kuala Lumpur Photography Festival 2021. Melalui segmen The Young Photographers Program, karya anak-anak SMKBB akan dipamerkan secara atas talian berangsung dari 1 sehingga 12 Disember 2021. Jom kita sama-sama memberi sokongan dan memeriahkan karnival fotografi yang terbesar di Asia Tenggara ini.
Dari mata turun ke lensa,
Dari hati turun ke pena.
Semoga Kelab Fotojurnalis SMKBB terus sukses di masa akan datang.
SMKBB: Be The Best!!!