SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, Oktober 31

Pengemaskinian Data Murid Secara Atas Talian

Portal Pangkalan Data Murid
Guru Tingakatan diminta mengemaskini maklumat pelajar secara atas talian (online) pada laman web ini:
Nama pengguna: Nombor Kad Pengenalan
Kata Laluan: guru

Isnin, Oktober 1

Syurgamu Di Sana


Tak perlu kau menangis lagi
Tika dingin malam menusuk jantung
Sewaktu serangga berpesta menyelimuti tubuh
Sakit dan siksa menjerit meratah waktu
Hanya pandangan kelam
Bersama titisan hujan hati
Tinggalkan aku dalam buaian nafsu
Menyanyi lagu bertemankan halilintar
Sehingga nafas terakhir

Bidadari putih itu memanggil
Syurgamu telah ada disana
Dengan air susu yang penuh nikmat
Dan belaian kasih sayang
Kekal abadi
Dengan nyanyian lagu suci

2011- Julai

* sajak ini mengambil tema pembuangan bayi

Nukilan: Cikgu Hashim


Khamis, Ogos 16

Sejadah Kasih




Sejadah Kasih

Sejadah kasih itu masih bersih
Walaupun bertahun berlalu
Menunggu tanpa jemu
Begitu mudah kasihnya berubah
Sedangkan……
Sejadah kasih itu masih disitu
Menanti penuh setia
Tanpa rela
Kasihmu rupanya semakin menjauh
Dari sejadah itu
Dunia ini penuh pancaroba
Diri bebas dan alpa
Dengan perangkap dunia
Nafsu dan perasaan menguasai
Meninggalkan sejadah bersih putih
Menanti dahi keinsafan
Tunduk sujud mencium bumi
Selamanya……


Nukilan : Cikgu Hashim

Isnin, Jun 4

Nota Hati Seorang Guru


   Dalam keheningan malam ini…aku menyedari betapa berat dan mencabarnya tugas seorang guru. Walaupun berat dan mencabar, aku percaya dengan keikhlasan dan tanpa erti putus asa, kepuasannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Pelajarku, hargailah guru kamu sebagaimana aku menghargai guruku dulu. Kata emak, menghargai guru seperti menghargai seorang ibu dan ayah. Ucapkanlah terima kasih jika itu yang termampu. Hulurkanlah bantuan jika guru memerlukan. Berilah senyuman yang penuh keikhlasan pada gurumu. Sebenarnya, seorang guru tidak meminta segunung intan mahupun seguni emas sebagai balasan..cukuplah dengan kejayaan manis anak murid tercinta dan menjadi manusia berguna pada masyarakat, bangsa dan negara.

Ahad, Mei 27

Perkhemahan Tahunan SMK Bandar Banting 2012

    Pada 25 sehingga 27 Mei yang lepas pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Pertahanan Awam Daerah Kuala Langat telah mengadakan perkhemahan tahunan 2012. Seramai 65 peserta yang terdiri daripada pelbagai badan beruniform telah menyertai perkhemahan ini. Terdapat pelbagai aktiviti menarik sepanjang perkhemahan ini antaranya mendaki Bukit Jugra, Pertolongan Cemas, Malam Kebudayaan dan lain-lain lagi.

Khamis, Mei 17

Isnin, Mei 14

Gurindam Jiwa Buat Guru

Gurindam Jiwa Buat Guru

Gurindam jiwa buatmu guru
Pekerjaanmu murni usahlah ragu

Semangatmu guru menjadi kemegahan
Penuh kelembutan dalam ketegasan

Gayamu guru menjadi idola
Langkahmu yakin sejak mula

Kasihmu guru tiada sempadan
Menjadi prinsip sumber kekuatan

Baktimu guru disanjung tinggi
Usah diragu disangkal lagi

Nasihatmu guru janganlah leka
Untuk pedoman di hari muka

Ajaranmu guru menjadi bekalan
Ketulusan hati menjadi amalan

Bicaramu guru menjadi hikmat
Buat kenangan ke akhir hayat

Dedikasimu guru berjiwa murni
Pembimbing setia generasi kini

Ilmumu guru menjadi ikutan
Berjiwa tabah menjadi ingatan

Guru berkualiti sumber inspirasi
Penuh berhemah pelajar serasi

Jasamu guru menjadi lagenda
Ilmu terpahat penuh di dada

Guru cemerlang pembelajaran gemilang
Membawa pelajar menggapai bintang

Cekalmu guru pembina bangsa
Maju negara setiap masa

Pengorbananmu guru tiada tandingan
Pasti dikenang sepanjang zaman

Nukilan : Cikgu Hashim 
Mac 2011

Isnin, April 23

KARNIVAL TEKNOLOGI DAN VOKASIONAL DAERAH KUALA LANGAT 2012

    Pada 28 April akan diadakan satu karnival berprestij iaitu KARNIVAL TEKNOLOGI DAN VOKASIONAL DAERAH KUALA LANGAT 2012. Buat pengetahuan anda semua karnival ini adalah kali ke-2 diadakan dan yang terakhir adalah pada tahun 2007. Karnival ini melibatkan semua sekolah di daerah Kuala Langat dan dengan berbesar hati, sekolah kita, iaitu SMK Bandar Banting telah terpilih sebagai tuan rumah. Ayuh kita memeriahkan karnival yang julung kali diadakan ini.

Ahad, April 22

Majlis Gotong-Royong Perdana

     Hari sabtu yang lepas telah berlangsung satu majlis gotong-royong perdana anjuran pihak sekolah dan PIBG SMK Bandar Banting. Kesempatan cuti ganti ini digunakan pihak sekolah untuk melaksanakan satu kerja amal besar-besaran bagi menerapkan nilai kebersihan dan kerjasama dikalangan pelajar. Program gotong-royog ini diadakan selepas pukul 10.00 pagi, iaitu selepas tamat sesi P & P. Pihak sekolah merasakan program seumpama ini juga merupakan proses pembelajaran buat pelajar agar menyanyangi tempat mereka menimba ilmu. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Yang diPertua PIBG SMK Bandar Banting, En Kadiran Bin Jamil serta beberapa AJK PIBG yang lain.

Rabu, April 18

Malaysia's Achivement In The Education Global Competitive Index

    The World Economic Forum’s Centre for Global Competitiveness and Performance through its Global Competitiveness Report 2011-2012, had recognized Malaysia as one of the more competitive nation out of 142 economies in the world, whereby Malaysia gains five ranks to reach 21st position, compared to the year 2010, where it was ranked 26th.

     Based on the Global Competitive Report 2011/2012, Malaysia improved its ranking as a result of its push to become a developed country by the year 2020, propelling the country from a middle income economy to a high income nation.

Isnin, April 16

Bicara Sungai


Sungai berbicara lagi
Bicara pada semua
Dulu aku setia mencurah bakti, menabur budi
Sumber makanan dan pengangkutan
Mahupun tempat kanak-kanak bermandi manda
Dengan air jernih mengalir
Kegirangan anak muda mengail
Dengan kekasih hati yang setia
Tapi sekarang....tidak lagi
Diriku semakin dimusnahkan
Sampah dibuang, racun dialir
Keruh dan kelodak bersatu
Aku kehilangan serinya
Adakah ini dinamakan pembangunan??
Sehingga aku digadai
Hingga aku semakin dilupakan
Pada siapa hendak kuadu
Bicaraku ini
Bicara sungai
Yang semakin sepi..

Nukilan : Cikgu Hashim
# Inspirasi sewaktu menyeberangi sebuah sungai di Klang-2005
 *sumber gambar: http://kualalumpurian.wordpress.com

Khamis, April 12

Pertandingan Deklamasi Puisi Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat


    12 April 2012 menyaksikan persaingan diantara peserta deklamasi sajak bagi sekolah-sekolah menengah di Kuala Langat. SMK Bandar Banting telah terpilih sebagai tuan rumah bagi acara tahunan ini. Aktiviti yang memartabatkan bahasa Melayu sememangnya wajar disertai pelajar sekolah samada sekolah rendah atau menengah. Pada tahun ini wakil dari SMK Bandar Banting iaitu adik SITI NUR BANUN BINTI SHAARI telah berjaya meraih johan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah. Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang dan tidak lupa kepada jurulatih dan guru pengiring yang memainkan peranan penting dalam membentuk personaliti gemilang setiap pelajar.

Selasa, April 10

Analisis Peperiksaan PMR dan SPM

ANALISIS PEPERIKSAAN AWAM PMR TAHUN 2007-2011

TAHUN
JUMLAH CALON
JUMLAH LULUS
% LULUS
8A
7A
6A
GPS
2007
366
258
70.49
5
10
13
2.81
2008
361
228
63.16
8
5
9
2.88
2009
376
230
61.17
6
11
6
2.99
2010
280
192
68.12
10
12
1
2.89
2011
378
284
75.13
16
15
6
2.79


Isnin, April 9

Minggu Sains & Matematik

    9 sehingga 13 April merupakan minggu sains dan matematik di SMK Bandar Banting. Terdapat pelbagai acara menarik dan mengujakan diadakan sepanjang minggu sains dan matematik ini. Diharap semua pelajar dapat mengambil bahagian dalam aktiviti yang telah dirancangkan. Antara aktivitinya ialah pertandingan roket air, kuiz perdana, kuiz pantas, pameran sains, 'explorace', sudoku, ceramah sains dan Islam dan banyak lagi.

Sabtu, April 7

Mesyuarat Agong Koperasi SMK Bandar Banting

 
     
     Pada 6 April yang lalu telah berlangsung Mesyuarat Agong Koperasi SMK Bandar Banting bertempat di Dewan Hj Asmoin. Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Puan Azizah Bt Sahar, Penolong Pengarah Suruhanjaya Koperasi Kuala Langat/Sepang.

Selasa, April 3

Tangan Bernama Ibu



Dalam perjalanan
Ke satu destinasi
Aku melihat tangan ibu itu
Memegang tangan anaknya
Begitu erat, teguh dan kukuh
Melintas jalan yang sesak
Anak itu hanya mengekori tangan ibunya
Tanpa mengerti….mengapa??
Kasihnya tangan ibu itu
Melakukan apa saja
Untuk anak tercinta
Aku pula tertanya sendiri….
Mampukah anak itu memegang
Tangan ibunya nanti?
Setelah ibunya tua tidak berdaya
Hanya masa yang menentukannya
Tetapi……..
Tangan bernama ibu itu
Akan terus berbakti
Tanpa jemu,
Untuk anak tercinta
Hingga hujung nyawa…

Nukilan: Cikgu Hashim
*2001..sewaktu perjalanan pulang ke kampung..semasa menaiki sebuah bas

Lambaian Kaabah

    Satu kursus umrah dan haji 'Lambaian Kaabah' telah diadakan di SMK Bandar Banting pada 3 April yang lalu. Tn Hj Shamsudin B Ahmad, pengurus Tabung Haji Banting merupakan penceramah dalam kursus umrah dan haji tersebut. Para peserta pula terdiri daripada guru-guru dan pelajar tingkatan 4 SMK Bandar Banting.

Ahad, April 1

Foto Hari Ini



Selamat Hari Lahir kepada guru-guru yang lahir pada bulan Mac.

Sabtu, Mac 31

Klinik Memanah Bersama Majlis Sukan Negeri Selangor



Anjuran: Majlis Sukan Negeri Selangor
Peringkat: Negeri Selangor
Tarikh: 31 MAC 2012
Tempat: Padang SMK Bandar Banting

Rabu, Mac 28

Karnival Kerjaya 2012

    Perancangan masa depan amatlah penting bagi menjamin kehidupan dan taraf hidup yang berkualiti kelak. Sehubungan dengan itu, Unit Bimbingan dan Kaunseling serta Kelab Pembimbing Rakan Sebaya SMK Bandar Banting telah menganjurkan satu karnival kerjaya khas buat para pelajar SMK Bandra Banting. Melalui karnival ini, diharap para pelajar dapat membayangkan seterusnya merancang sebaik mungkin masa depan yang akan mereka harungi.

Khamis, Mac 22

Sekitar Keputusan SPM 2011

Berikut merupakan gambar-gambar sekitar keputusan SPM 2011.





Selasa, Mac 20

Perasmian Minggu Anti Dadah SMK Bandar Banting

   
   19 sehingga 23 Mac dipilih sebagai Minggu Anti Dadah bagi SMK Bandar Banting pada tahun ini. Satu perasmian telah diadakan pada 19 Januari dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kuala Langat. Satu ceramah ringkas tentang dadah durjana telah disampaikan oleh pegawai AADK Kuala Langat. Sepanjang minggu Anti Dadah ini, terdapat banyak program dan aktiviti menarik yang akan dijalankan oleh unit kaunseling sekolah. Diharap pelajar dapat menyertai segala aktiviti yang dijalankan dan mengambil pelbagai faedah dan teladan untuk panduan hidup.

Rabu, Mac 14

Keputusan SPM 2011

   
    Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 akan diumumkan pada 21 Mac iaitu pada hari Rabu. Manakala Analisis peperiksaan akan diumumkan pada pukul 9 pada hari yang sama di Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kitar Semula Amalan Mulia

   Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. 

Selasa, Mac 13

Sabtu, Mac 3

Foto Hari Ini

Selamat Hari Lahir kepada guru-guru yang lahir pada bulan Januari dan Februari.

Khamis, Mac 1

Program Pencegahan Jenayah dan Anti-Dadah

Pada 1 Mac yang lalu telah berlangsung kempen pencegahan jenayah dan belia anti dadah anjuran MAYC Kuala Langat di dataran Bestari. Turut memeriahkan acara adalah ceramah cegah jenayah dari penganalisis jenayah Kamal Effendy dan persembahan belia benci dadah oleh kumpulan artis MAX 24:7.

Sabtu, Februari 25

Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) - Lesson Study & E-Disiplin

Selaras dengan hasrat JPN Selangor yang ingin seluruh sekolah di Selangor melaksanaka 'Lesson Study', satu bengkel berkenaan teknik dan panduan melaksanakan 'Lesson Study' telah dianjurkan pihak sekolah bagi memudahkan para guru menyediakan 'Lesson Study' yang berkualiti dan menepati tahap keupayaan pelajar.

Jumaat, Februari 24

Lawatan KSU Kem. Belia & Sukan ke Gelanggang Futsal 1Malaysia SMKBB

Pada 24 Februari, Ketua Setiusaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato, Mohid Bin Mohamed telah melawat Gelanggang Futsal 1Malaysia SMK Bandar Banting. Lawatan tuan ketua setiausaha bertujuan memastikan gelanggang futsal tersebut diurus tadbir dengan baik disamping memastikan keadaan gelanggang yang selamat dan selesa. 

Isnin, Februari 20

Pelancaran Program Akademik SMK Bandar Banting 2012

Satu majlis pelancaran gilang-gemilang telah berlangsung pada 20 Februari yang lalu bersempena Pelancaran Program Akademik SMK Bandar Banting 2012. Majlis ini dirasmikan oleh En Nor Ahmad Bin Khamzah, Penolong Pengarah Unit Perkhidmatan Sumber Pendidikan, Bahagi Teknologi Pendidikan Negeri Selangor.

Jumaat, Februari 17

Sambutan Maulidur Rasul SMK Bandar Banting 2012


Bagi memperingati kelahiran junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, pihak sekolah telah menganjurkan sambutan Maulidur Rasul pada hari Jumaat, 17 Februari. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Tazkirah Maulidur Rasul, perarakan disekitar kawasan sekolah dan Taman Kemuning, bacaan Yassin, kuiz Maulidur Rasul dan persembahan nasyid dari kumpulan Irsyad. 

Sabtu, Februari 4

Kejohanan Tenis MSSD Kuala Langat 2012


Pada tahun ini SMK Bandar Banting telah terpilih sebagai tuan rumah penganjuran Kejohanan Tenis MSSD Kuala Langat. Kejohanan ini telah berlangsung pada 1 hingga 3 Februari 2012. Gelanggang Tenis Telok Datok merupakan tempat temasya tenis dijalankan. 

Sabtu, Januari 14

Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Banting 2012


Kejohanan Merentas Desa SMK Bandar Banting 2012
Tarikh: 13 Januari 2012
Tempat: Sekitar SMK Bandar Banting
Masa: 7.30 pagi - 11.30 tengah hari