SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, Mac 14

Kitar Semula Amalan Mulia

   Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru. Kitar semula mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. 
 
Disamping menjana pendapatan, kitar semula merupakan satu langkah memulihara alam sekitar. Kesempatan cuti sekolah ini, guru-guru SMKBB telah mengumpulkan seberapa banyak bahan kitar semula untuk dijual dan hasilnya disumbangkan kepada tabung sekolah.