SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, Mac 14

Keputusan SPM 2011

   
    Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2011 akan diumumkan pada 21 Mac iaitu pada hari Rabu. Manakala Analisis peperiksaan akan diumumkan pada pukul 9 pada hari yang sama di Bilik Mesyuarat Utama Kementerian Pelajaran Malaysia.

     Calon SPM 2011 boleh mengambil slip keputusan SPM di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi. Bagi calon persendirian, keputusan akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri.

    Keputusan juga boleh disemak menerusi khidmat pesanan ringkas mySMS dengan menaip SMS jarak nombor kad pengenalan jarak nombor angka giliran dan hantar ke 15888.
Perkhidmatan itu akan diaktifkan mulai 10 pagi 21 Mac hingga 12 tengah malam 27 Mac.