SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Selasa, April 3

Tangan Bernama Ibu



Dalam perjalanan
Ke satu destinasi
Aku melihat tangan ibu itu
Memegang tangan anaknya
Begitu erat, teguh dan kukuh
Melintas jalan yang sesak
Anak itu hanya mengekori tangan ibunya
Tanpa mengerti….mengapa??
Kasihnya tangan ibu itu
Melakukan apa saja
Untuk anak tercinta
Aku pula tertanya sendiri….
Mampukah anak itu memegang
Tangan ibunya nanti?
Setelah ibunya tua tidak berdaya
Hanya masa yang menentukannya
Tetapi……..
Tangan bernama ibu itu
Akan terus berbakti
Tanpa jemu,
Untuk anak tercinta
Hingga hujung nyawa…

Nukilan: Cikgu Hashim
*2001..sewaktu perjalanan pulang ke kampung..semasa menaiki sebuah bas