SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Isnin, Jun 4

Nota Hati Seorang Guru


   Dalam keheningan malam ini…aku menyedari betapa berat dan mencabarnya tugas seorang guru. Walaupun berat dan mencabar, aku percaya dengan keikhlasan dan tanpa erti putus asa, kepuasannya tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Pelajarku, hargailah guru kamu sebagaimana aku menghargai guruku dulu. Kata emak, menghargai guru seperti menghargai seorang ibu dan ayah. Ucapkanlah terima kasih jika itu yang termampu. Hulurkanlah bantuan jika guru memerlukan. Berilah senyuman yang penuh keikhlasan pada gurumu. Sebenarnya, seorang guru tidak meminta segunung intan mahupun seguni emas sebagai balasan..cukuplah dengan kejayaan manis anak murid tercinta dan menjadi manusia berguna pada masyarakat, bangsa dan negara.

Pelajarku, percayalah...seorang guru sentiasa berdoa kejayaan anak muridnya. Ambillah nasihat guru sebagai satu inspirasi dalam kehidupanmu. Masih teringat...seorang guru pernah menasihati diriku dulu.”Hashim, hidup kamu susah...percayalah...pelajaranlah yang akan mengubah hidup kamu yang susah ini”. Memang benar kata guruku (Cikgu Norliza)..pelajaranlah yang boleh mengubah hidup diri seseorang menjadi lebih baik dan sempurna. Disebabkan guruku dahulu yang sentiasa menolongku..aku bercita-cita menjadi seorang guru. Guru yang dapat merubah seseorang kearah kebaikkan. Guru yang memberi sinar dan cahaya kehidupan buat anak muridnya. Percayalah juga, jika kamu berbuat baik dengan gurumu..nescaya kebaikkan juga akan datang padamu.

Pelajarku..sesungguhnya pengorbanan seorang guru terlalu besar. Tanpa mengira masa, wang ringgit mahupun keringat dan kasih sayang. Tiada seorang guru pun yang ingin melihat anak muridnya gagal dalam kehidupan.....pastinya seorang guru begitu bangga sekali jika pelajarnya menjadi manusia berjaya dan tidak sombong diri.

Pelajarku..jika kamu telah berada di puncak kejayaan..ingatlah dimana kamu berpijak...ingatlah jasa guru kamu. Guru yang telah mengajarmu dengan penuh dedikasi seikhlas hati. Tanpa jemu dan tanpa mengenal erti putus asa. Doakanlah kesejahteraan dan kebaikkan untuk gurumu yang mungkin jauh dimata tapi sentiasa dekat dihati....Doakanlah juga moga satu hari nanti kita akan bertemu dengan guru yang mengajar kita dalam sebuah pertemuan..untuk mengenang kembali sebuah tugu keriangan dan nostalgia kemesraan dizaman sekolah dahulu.

Anak muridku, sebagai guru aku telahpun merasai tawa,ria,suka mahupun duka dalam mendidik kalian semua.Aku akan tetap kuatkan diri dalam mendidik anak bangsa tercinta. Akan kujelajahi jalan berliku itu mahupun onak duri dalam memberi sebuah kehidupan pada semua pelajarku.

NOTA HATI
Cikgu Hashim
April 2012