Majlis yang kasual dan santai ini telah berlangsung di TGV Cinemas, Suria, KLCC pada 4 Mei yang lalu. Selain daripada para finalis pertandingan Pertandingan Video Transformasi Pendidikan Malaysia Menjelang 2050, tetamu jemputan yang turut hadir ialah Encik Johan Mahmood Merican (Timbalan Ketua Pengarah Modal Insan, Unit Perancangan Ekonomi), Encik Dzameer Dzulkifli (Ikon Belia TN50) dan ramai lagi. Acara dimulakan dengan kata ucapan perasmian, persembahan video di layar perak kemudian sesi pembentangan daripada para pemenang setiap kategori dan diakhiri dengan tayangan filem Avengers: Infinity War. Para finalis juga disediakan tempat penginapan di Corus Hotel, Jalan Ampang. Bagi Jurnalis Zulfahmie dan Jurnalis Syamil, kemenangan yang diperoleh adalah satu pencapaian yang tidak disangka-sangka. Mereka membawa pulang sejumlah RM 3000 wang tunai, sebuah dron, sebuah kamera, trofi dan juga hamper. Peluang menginap disebuah hotel ditengah kota metropolitan Kuala Lumpur digunakan sepenuhnya untuk menjelajah ke beberapa kawasan sekitar Kuala Lumpur. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak penganjur iaitu PADU-Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan kerana memberi kami peluang dan ruang ini. Kami berharap pertandingan seperti ini menjadi satu platform untuk generasi muda menyuarakan hasrat dan impian mereka menjelang 2050.
Ikuti perjalanan jurnalis Zulfahmie dan Jurnalis Syamil di Kuala Lumpur: https://www.facebook.com/media/set/?set=a.10211808627027318.1073741854.1118892135&type=1&l=d82447ef62
TN50 Video Contest by MOE