SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Ahad, Julai 24

Perkhemahan Badan Beruniform (NGO) Sekolah Menengah Peringkat Negeri Selangor 2011

Bertempat di Pusat Kokurikulum Bagan Lalang, Sepang, satu perkhemahan tahunan badan beruniform NGO peringkat negeri Selangor telah diadakan.Badan beruniform yang terlibat adalah Pengakap, Puteri Islam, Pandu Puteri, St John dan Persatuan Bulan Sabit Merah. Seramai hampir 300 pelajar sekolah menengah daripada daerah-daerah dalam negeri Selangor telah menyertai perkhemahan tahunan ini. 2 pelajar SMKBB telah turut serta dalam perkhemahan ini (pandu puteri dan pengakap). 

Sementara itu 7 orang guru SMKBB turut terlibat dalam menjayakan perkhemahan ini sebagai jurulatih dan ahli jawatnkuasa. Perkhemahan ini berlangsung selama 3 hari, mulai 18 Julai sehingga 20 Julai 2011.