Pada 1 Februari 2019, SMK Bandar Banting telah mengadakan Majlis Muhibbah bersempena Tahun Baru Cina yang disambut oleh kaum Cina beragama Buddha yang bertempat di Dataran Bestari SMKBB. Majlis ini bermula daripada pukul 7:30 pagi hingga 9:00 pagi bagi sesi pagi, manakala 2:30 petang hingga 3:30 petang pula bagi sesi petang.Bermula 7:20 pagi hingga 7:40 pagi, bacaan surah Al-Kahfi bagi pelajar Muslim diadakan, manakala aktiviti Moral dan Penghayatan Nilai Murni pula bagi pelajar non-Muslim.Pelajar SMK Bandar Banting berkumpul di Dataran Bestari pada pukul 7:40 pagi hingga 7:50 pagi sebelum majlis bermula.Juruacara memulakan majlis pada pukul 7:50 pagi hingga 8:00 pagi.Bagi pembukaan majlis pada hari tersebut, persembahan Tarian Singa dilakukan dan ketibaan VIP naik ke pentas pada pukul 8:00 pagi hingga 8:35 pagi. Pada pukul 8:35 pagi hingga 8:45 pagi pula, ucapan Selamat Tahun Baru Cina daripada Pengetua SMK Bandar Banting , iaitu Puan Siti Asnah Binti Ahmad dimulai dengan kata-kata aluan . Selepas itu, pemberian cenderahati dari Persatuan Bahasa Cina kepada Pengetua sebagai penghargaan diadakan. Dari jam 8.45 hingga 9.00 pagi pula diadakan tarian kipas dari kaum cina perempuan dan persembahan lagu tahum baru cina. Penonton teruja dengan persembahan yang penuh semangat. Habis sahaja persembahan mereka,warga SMKBB mengagihkan limau mandarin kepada semua murid dan guru SMKBB. Semua bersurai dan masuk ke kelas untuk pdp seperti biasa.
Jurufoto: Akmal, Atiqah dan A'qilah Juruvideo: Zafir dan Nabil
Laporan : Jauza dan Fatin