Kehadapan Cikgu Ong rakanku yang diingati selalu…Diharapkan dirimu
sentiasa sihat sejahtera…Lewat hari persaraan mu…hati ini meronta-ronta untuk mencoretkan
kenangan di helaian kertas ini…
Kita dibesarkan disebuah negeri yang sama
iaitu Perak Darul Ridzuan…kita juga dibesarkan di sebuah tempat yang sama iaitu
Bagan Serai.Perak. Pekan kecil yang tenang namun meriah.
Cikgu Ong….mengenali
dirimu dari tahun 1999..Sejak mula saya ditempatkan di SJKC Choong Hua,Banting. Isteri Cikgu Ong, Pn
Ng Chai Leng merupakan rakan sekerja disekolah yang sama dan sering bantu
membantu dalam panitia yang sama,,iaitu panitia Bahasa Inggeris. Waktu itu saya
sering melihat Cikgu Ong mengambil dan menghantar isteri dan anak-anak beliau
kesekolah. Adakala kita bertembung dan senyuman terukir dibibirmu sambil
bertanya khabar. Waktu itu saya mengenali Ong sebagai seorang guru disiplin di
SMK Methodist. Kacak dan kemas…dengan tali leher dan baju berlengan panjang…itu
yang selalu dilihat pada waktu itu.
Tahun 2009,
selepas saya menamatkan pembelajaran saya di universiti, saya ditempatkan di
SMK Bandar Banting…dan saya memang mengetahui kamu telah berpindah disini….dalam
hati…Hmmm…nasib baik ada rakan yang masih dikenali di SMK Bandar Banting.
Cikgu Ong….tetap
Cikgu Ong yang dikenali dulu….masih mesra penuh senyuman dan masih banyak
cerita tentang pengalamannya…memandangkan kami dari tempat yang sama iaitu
Bagan Serai,Perak..beliau juga dari keluarga yang agak susah sama seperti
saya..namun kesusahan itu mengajar kami orang Bagan Serai betapa pentingnya
ilmu dan pendidikan demi masa depan…..kami selalu bercerita..betapa
beruntungnya pelajar sekarang berbanding dulu….kami dahulu menggunakan pensel
dari panjang hingga sependek mungkin untuk menulis...kami adakalanya mengikat
perut kerana tidak diberi belanja kerana kesusahan ibubapa kami...namun kami
tetap berjuang hingga berjaya.. Dirimu,Cikgu Ong selalu bercerita tentang masa
silam yang pengalamannya lebih kurang sama dengan diri saya…Berlari dan
menunggang basikal di kawasan sawah dan bendang yang terbentang meluas…...memancing
ikan haruan dan puyu di parit dan sungai..bermandi manda di sungai bersama rakan mengembalikan
memori betapa seronoknya menjadi anak kampung di Bagan Serai, Perak…
Cikgu Ong…..dirimu
penuh pengalaman…penuh cerita…dan kalau ditulis pastinya menjadi novel yang
sangat tebal dan menjadi pilihan ramai untuk dimiliki…
Dari Bukit Jugra ke Gunung Datok…didaki bersama-sama rakan lain.
Dalam setiap pendakian, pasti ada sahaja cerita yang pastinya menjadi
pengajaran dan pengalaman yang tak mungkin akan dilupakan..dan itulah cikgu Ong
yang memang meminati aktiviti pendakian dan rekreasi luar…
Sebelum
berkahwin…saya selalu digalakkan untuk berkahwin oleh cikgu Ong dan rakan-rakan
yang lain..Cikgu Ong pernah bercerita pada saya tentang kisah cinta beliau
bersama isterinya..yang agak romantik..mereka masih dimaktab perguruan..cikgu
Ong tahu itulah cinta hatinya bila kali pertama terpandangnya…dan beliau sering
mengajar Pn Ng Chai Leng berenang dikolam..dan akhirnya terbitlah bibit2 cinta
antara mereka sehingga mereka berkahwin dan dikurniakan 4 orang anak yang kacak
dan cantik2 belaka..…”Hashim….Kahwin tau…seronok”….itulah kata-kata cikgu Ong
yang masih diingati…dan akhirnya saya menemui jodoh disini….juga seorang guru dan
memang betul Ong…perkahwinan itu memberi kebahagiaan dan ketenangan…dan selepas
berkahwin..Cikgu Ong Tanya lagi..” Hashim….bila nak ada anak ni??? Dan syukur
kehadrat ilahi….Disember nanti saya akan menimang cahaya mata pertama..dan anak
saya nanti akan memanggil kamu uncle Ong…doakan agar isteri saya selamat
melahirkan cinta hati kami…
Cikgu Ong …Hari
ini kamu akan bersara…walaupun berat hati melihat dikau pergi…namun saya
percaya…dirimu juga berat meninggalkan kami…Apapun, saya gembira untuk kamu Ong…Semoga tugu keriangan
dan kemesraan yang dibina akan tetap teguh berdiri..Seperti lirik
lagu..dimanakan ku cari ganti….serupa dengan mu…sesungguhnya tiada yang serupa
dengan mu…Cikgu Ong, jangan lupakan saya dan kami disini SMKBB…Jika dirimu
rindu pada kami disini….datanglah dan sebutlah nama kami selalu…
Cikgu Ong…
Kini, sudah dipenghujung kerjayamu…
Namun, tak bererti sebuah pengakhiran
Ilmu yang disampaikan terus jadi amalan
Moga anak didik yang cikgu Ong sayangi
Menjadi insan berguna dan cemerlang…
Cikgu Ong…
Sudah bermusim kita bersama disini…
Banyak cerita yang kita kongsi
Hingga kenal hati dan budi
Sebak dan sayu nak ditinggal pergi
Namun jangan ditangisi perpisahan ini
Kerna kami disini tak pernah melupakan…
Ketahuilah duhai cikgu Ong..
Perpisahan ini amat memeritkan
Kau kan dirindui
Selagi nafas masih ada…
Berhentilah wahai mata
Dari mengalirkan mutiara jernih
Perpisahan ini bukan untuk ditangisi
Tetapi….
Perpisahan ini untuk diingati
Bukan setakat hari ini
Bukan setakat esok
Tetapi untuk selama-lamanya…
Yang
benar,
Hashim
Saidin