SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Ahad, Mei 7

‘TEGUH’ Umpama Pameran Fotografi Antarabangsa



Dalam melalui angin perubahan ke arah kemodenan, generasi baharu telah didedahkan dengan cabaran semasa seperti arus pembangunan yang semakin deras, suasana yang semakin kompetitif dan lahirnya warga yang kuat berdaya saing. Maka,wujudlah acuan generasi baharu bagi melayakkan diri dalam tempat-tempat yang terhad dalam hierarki pembangunan.


Sebagai contoh ,generasi baharu boleh menjinakkan diri dalam bidang fotografi yang semakin mendapat nama di peringkat antarabangsa malahan dapat melihat dunia dari perspektif yang berbeza.
Kelab Fotojurnalis di bawah pimpinan Encik Afyudin telah dijemput hadir dalam Pameran Fotografi TEGUH yang diadakan di IKBN Kuala Langat. Pelbagai karya agung yang dipamerkan di setiap "booth" dan para pelajar memberikan penerangan bagi setiap jenis karya. Para pelajar di sini dirangka dan diwarisi dengan rapi hasil tunjuk ajar dan bimbingan pensyarah.

Apabila pameran sedang dijalankan, para pelajar IKBN menjadi buruan soalan tentang keberangkatan itu apabila para pengunjung kagum dengan karya yang dipamerkan.
Bagi karya yang memenangi tempat pertama, beliau mengatakan betapa susahnya beliau menanti waktu yang sesuai dan tetapan yang mengikuti hukum bagi mendapatkan karya agung Milky Way. Karya tersebut memaparkan seorang lelaki yang duduk diatas motor dengan sawah padi yang terbentang luas dibawah bintang bintang yang berkilauan bagai permata. Suasana gambar juga amat simetri apabila di bahagian kiri gambar,matahari sedang menebarkan cahayanya ke seluruh pelusuk buana manakala sebelh kanan,suasana yang agak gelap seperti malam. Maka, tidak diragui karya ini sememangnya bertaraf antarabangsa.


Kami juga didedahkan dengan kamera yang berkualiti tinggi seperti Hasselblad yang berharga mencecah puluhan ribuan ringgit. Kamera dibuat atas inspirasi daripada kamera yang digunakan dalam perisikan pada zaman perang dunia kedua. Sudah terang lagi bersuluh, sememangnya kamera ini menjadikan pameran ini bertaraf multinasional dan dirasmikan sendiri oleh Hj. Megat Husain Bin Megat Jaaffar, Pengarah IKBN Kuala Langat.
Dapat saya simpulkan bahawa dalam meniti ke arah perubahan paradigma, generasi baharu perlu bijak dan berwawasan bagi merebut peluang melalui bidang fotografi agar medan ini berupaya menjadi wadah dalam membentuk insan yang berkaliber dan berdaya saing sekaligus meletakkan darjat rakyat Malaysia sebagai rakyat yang berwawasan dan bervisi.

Artikel oleh
LAU CHEE KHANG
Jurnalis SMKBB