SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, Mei 3

Beyond Engineering Innovation (BEGIN): “Permulaan” yang indah bagi sebuah epik perjalanan yang panjang



Projek ini sudah bermula sejak Mac yang lalu.

Projek ini dimulakan dengan pemilihan peserta yang dilakukan secara terbuka, guru penasihat menghadiri taklimat berkenaan pertandingan yang diadakan di Menara Kejuruteraan Universiti Malaya (UM) serta perbincangan bersama dengan ahli kumpulan. 
Kumpulan inovasi kami turut menerima sokongan serta nasihat daripada mentor yang terdiri daripada pensyarah Fakulti Kejuruteraan UM.

Perbincangan dalam ahli kumpulan dimulakan dengan membentangkan isi-isi penting yang diperoleh semasa taklimat,membina 'timeframe' serta pembahagian tugas.
Untuk tugasan pertama Cikgu Salmah selaku guru penasihat telah meminta setiap ahli kumpulan mencari idea yang menarik berkenaan inovasi yang bertemakan 'trash to treasure' .
Seminggu berlalu dan setiap ahli kumpulan diminta membentangkan ciri-ciri idea inovasi masing-masing.

Pada ketika itu Cikgu Salmah selaku guru penasihat memberi penilaian awal berkenaan idea yang dibentangkan.

Hari berganti hari akhirnya kami sepakat memilih 'Natural Deodorant' sebagai projek inovasi kami yang menggabungkan bahan-bahan utama seperti kerak nasi/sisa lebihan nasi sebagai 'trash' dan lain-lain bahan penting sebagai melengkapkan resepi 'Natural Deodorant' kami.
Fasa pertama penilaian dimulakan dengan penghantaran 'Graphical Abstract' seterusnya 'Product Information' sebelum pembentangan hasil inovasi pada hari berlangsungnya pertandingan pada 3 Mei 2017.

Alhamdulillah kami tiba di UM pada hari kejadian dalam keadaan selamat walaupun sedikit lewat berikutan keadaan trafik yang tidak begitu baik dan lain-lain cabaran yang tak dapat kami ceritakan di sini.Mungkin akan diceritakan pada episod yang lain hihi.
Pembentangan kami berjalan dengan sangat lancar. Booth kami hiaskan dengan kemas dan cantik sehingga ramai yang memuji. Tak kurang juga ramai dalam kalangan pengunjung yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah serta orang awam yang kelihatan 'impressed' dengan hasil inovasi kami. Ramai yang mencadangkan untuk kami memanjangkan 'study' kami dan melakukan kerjasama dengan makmal-makmal di universiti, SIRIM dan ada juga yang cuba memberikan nombor-nombor telefon orang perseorangan yang boleh kami hubungi untuk menambahbaik serta memasarkan produk inovasi kami. Saat itu kami berasa sungguh gembira dan dihargai. Tak semena-mena penat lelah selama berhari-hari sehingga memakan berminggu-minggu hilang sekelip mata.

Keterujaan kami tidak terhenti di situ sehingga kami diumumkan sebagai penerima anugerah 'Crowd's Favourite Innovation' di penghujung program.
Sejuta syukur dipanjatkan kepada Allah SWT yang memberikan rezeki ini.Terima kasih juga buat keluarga,sahabat handai serta seluruh warga SMKBB yang telah menghulurkan bantuan secara langsung mahupun tidak.

Sesungguhnya kejayaan ini milik kita bersama.
Semoga Allah restui kejayaan ini serta seluruh warga SMKBB khasnya anak-anak murid sekolah ini beroleh manfaat daripada pengalaman yang diperoleh pada hari ini.
SMKBB.Be The Best!!!

Nama pertandingan: Beyond Engineering Innovation (BEGIN) Challenge 2017 
Tempat: Universiti Malaya
Anugerah: Crowd's Favourite Award
Nama peserta:
Siti Nabiha Saanon
Suria Athira Suatau
Muhammad Adib Adnan
Muhammad Hafriz Harun
Penasihat: Cikgu Salmah Hasmeon


Artikel oleh,
Cikgu Salmah Binti Hasmeon