Semangat kesukanan sememangnya menyatukan kita semua,malahan semangat ini juga telah mengeratkan hubungan silaturahim antara umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Malahan semangat ini juga ditonjolkan di pentas antarabangsa apabila wakil wakil negara mewakili dalam acara sukan kebangsaan.
Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya,maka semangat ini perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi,mudah mudahan,semangat ini tersemat indah dalam jiwa dan raga seseorang individu.
Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 22 April 2017, SMKBB telah menganjurkan temasya sukan tahunan di Stadium Jugra.Temasya ini disertai oleh pelajar SMKBB bagi mewakili rumah sukan masing masing. Di pentas ini, pelajar SMKBB telah menunjukkan semangat kesukanan dengan menyertai acara acara yang dipertandingkan di temasya ini. Guru-guru penasihat tidak lekang memberi semangat serta menguruskan acara-acara yang dipertandingkan.
Acara demi acara,larian demi larian,para penyokong bersorak dengan megah memecahkan keheningan pagi,malah,ada sebilangan pelajar yang sentiasa berdiri bagi menyokong rumah sukan masing-masing.
Tidak lupa juga,pasukan "medic" yang bertugas di saat-saat genting apabila pelari-pelari ketandusan tenaga. Mereka inilah yang sentiasa sibuk bak kata pepatah barat, "as busy as bee".
Selepas acara larian 100 meter tamat, tibala acara kemuncak iaitu acara tarik tali. Acara ini sememangnya meniti dari bibir ke bibir warga smkbb kerana acara ini menilai kekuatan wakil wakil rumah sukan. Apabila acara ini berlangsung,kegentingan semakin dirasai...debaran menguasai diri, sorakan demi sorakan yang dapat didengar ketika acara dilangsungkan. Riak riak wajah kontinjen berubah kerana harapan terletak di bahu mereka, kekuatan dikerah sehabis mungkin namun, kalah menang adat permainan,rumah HIJAU telah menungguli acara ini selepas menewaskan kontinjen rumah BIRU.
Temasya ini diakhiri dengan perbarisan rumah sukan.
■MERAH-Tema "ninja" dimana kontijennya mempersembahkan pelajar SMKBB membuat gimik bermain pedang.
■BIRU-Tema kesultanan melayu dimana "Sultan" ingin meminang Puteri Gunung Ledang dan persembahan silat.
■KUNING-Tema pokèmon dimana kontinjennya membawa watak "pikachu" dan membuat persembahan tarian.
■HIJAU-Tema bollywood dimana kontinjennya mempersembahkan tarian bollywood.
■UNGU-Tema "Harry Potter" dimana kontijennya menampilkan gimik "Harry"yang beradu tenaga dengn "witch".
Seusai acara perbarisan,pengumuman pemenang bagi acara perbarisan dan pemenang keseluruhan.
Bagi acara perbarisan,Rumah HIJAU telah menjuarai acara perbarisan dengan persembahan yang amat bertenaga dari wakil rumahnya manakala rumah BIRU telah mendapat tempat kedua..
Bagi menggulung perkara diatas,Rumah UNGU telah menjuarai temasyak sukan tahunan 2017 dengan jumlah mata yang tertinggi. Kami dari kelab fotojurnalis ingin mengucapkan tahniah atas kejayaan yang dirangkul. Kepada rumah sukan yang lain,walaupun kalah pada rumah UNGU pada tahun ini,semoga semangat kesukanan tetap wujud dan meningkatkan sikap persaingan pada tahun hadapan. Walaubagaimanapun,semua pelajar telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi, semangat inilah yang diperlukan dan harus disemai agar tidak pudar dan dapat ditunjukkan di pentas yang lebih besar.
Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang kita kerjakan.~Davey John Schwartz.
Artikel oleh,
Jurnalis SMKBB,
Lau Chee Khang