SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Ahad, April 16

Coretan Pengalaman di Majlis Pelancaran Recycling@U di UPM


Pelajar SMKBB telah dijemput ke Majlis Pelancaran Program Recycling@U pada 15 April 2017 di DEWAN BESAR PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Berikut ialah pengalaman saya sebagai JURNALIS SMKBB...

6.40 pagi
Saya melihat suasana sekolah yang masih sepi...dengn kegelapan pagi...embun embun yabg masih segar di udara.Namun saya tetap keluar dari kereta dan menjelajah sekolah ini.

7.00 pagi
Seorang demi seorang pelajar smkbb yang tiba di perkarangan sekolah.Kami ditugaskan untuk mengambil makanan yang telah ditempah oleh CIKGU WAN SAIFUL dari kantin sebagaj sarapan pagi.Sementara menunggu kehadiran bas,kami bergurau senda dan berborak tentang perjalanan kami pada hari ini.

7.30 pagi
Bas tiba di kawasan sekolah dan kami mula memindahkan makanan serta memasuki perut bas tersebut.Cikgu wan saiful memeriksa kehadiran pelajar yang terlibat bagi membuat "checklist ",dan kami mula bertolak dari kawasan sekolah menuju ke UPM.
Sepanjang perjalanan,ahli kelab fotojurnalis merakam gambar sepanjang perjalanan.Beberapa pelajar lain merakam swafoto bagi dijadikan kenangan.

8.30 pagi
Kami tiba di UPM,Bangunan yang tersergam indah berhadapan dengan tapak yang lapang.Suasana agak meriah dengn kehadiran pelajar dari sekolah lain yang agak terkenal seperti Sekolah Sultan Alam Shah,Shah alam,Kolej Tunku Kursiah,MRSM KUBU BAHRU dan lain lain.Kami diberi minum pagi(Roti dan Milo).Para pelajar sibuk mengambil swafoto sementara cikgu sedang mendaftar di kaunter pendaftaran.

9.00 pagi
Kami dijemput masuk ke dalam DEWAN BESAR.Sebelum masuk,Cikgu Afyudin mengumpulkan ahli kelab fotojurnalis bagi memberi sedikit taklimat tetang perjalanan majlis kemudian kami menjelajah ke dalam dewan itu.Suasana agak meriah dengn pelajar pelajar yang menyediakan pameran Kitar Semula.Saya mula menuju ke arah pameran dan pameran yang paling menarik ialah pameran di mana plastik dijadikan fabrik.Menurut wanita yang menjaga booth tersebut,fabrik ini dijadikan tudung shawl dan memperagakan tudung tersebut,fabrik fabrik tersebut jugak amat lembut dan licin.3 patung maneqquin digunakan bagi menunjukkan sampel bagi pakaian yang terhasil daripada fabrik tersebut(boleh rujuk gambar).Selain itu,wanita tersebut juga menerangkan bagaimana fabrik tersebut terhasil.Botol plastik akan di "crush",kemudian dilebur dan ditarik hinggan menjadi fabrik.Mungkin para pembaca boleh melihat prosesnya di internet.
Saya juga mengunjungi booth dimana mereka membuat inovasi dari bahan kitar semula,antara inovasi tersebut penyapu,peyiram pokok dan lain lain.Selain itu, bahan tersebut jugak dijadikan alat permainan di mana pemain perlu melontar "cap" kedalam tin yang teloh dipotong.


10.00 pagi
Kami diminta kembali ke tempat duduk masing masing dan tetamu kehormat tiba di majlis tersebut
"ENCIK AHMED YEHIA,Pengurus Negara Malaysia-Singapura-Brunei,Syarikat Coca-Cola.
YBhg.PROF. EMERITUS TAN SRI DATO'SYED JALALUDDIN SYED SALIM,Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Putra Malaysia."
ENCIK AHMED YEHIA memberi ucapan memuji bagaimana pihak UPM telah memulakan langkah dalam kitar semula.
Kemudia majlis diteruskan dengan ucapan Tan Sri Dato Syed Jalaludin.Kemudian majlis diteruskan dengn gimik di mana tetamu kehormat memasukkan botol plastik,kaca dan kertas di dalam tong.Bagi pengetahuan semua,SMKBB satu satunya sekolah yang mempunyai photographer dan "iconic moment" apabila photographer sekolah kita berebut dengan jurugambar dari agensi surat khabar.
Majlis diteruskan dengn sesi perkongsian oleh Dr.Ahmad Ismail,FASc "Enviromental &Climate Literacy: Aiming for Zero Waste.
"First step to begin, to create a world free from zero waste.
Its depends on how we look at them(waste).
Hoping for UPM will come out with bigger feature"
Antara kata kata Dr Ahmad.

11.35 pagi
Lawatan tetamu kehormat ke pameran booth & poster sementara pelajar pelajar menyertai sesi kuiz dan soal jawab.Para peserta yang berjaya menjawab kuiz akan mendapat ganjaran tajaan Coca-cola iaitu sepasang kaca mata "sunglass".

12 tengah hari
Tayangan Video R2C/Video Pemenang Pertandingan Video/Video Kloth.
Video tersebut mengisahkan tentang pelajar pelajar UPM boleh menukarkan atau "redeem" botol plastik untuk pengunaan basikal.Helmet turut disertakan bagi seorang.Pada pendapat saya,sistem tersebut bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan alam sekitar,malahan memberi mafaat kepada pelajar UPM sendiri.Sesiapa yang memberi cadangan untuk sistem tersebut patut diberikan anugerah.
Kemuncak majlis tiba dengan penyampaian hadiah pemenang Pameran Poster.
Peserta sekolah kita yang diwakili 4 orang pelajar smkbb telah mendapat naib johan dalam acara ini serta merta menewaskan wakil wakil sek lain.Sesungguhnya,mereka sememangnya mengharumkan nama sekolah di pentas ini.

12.30 tengh hari
Para peserta dijamukan dengn makan tngh hari.Kami dijamukan dengn nasi ayam dan epal. Manakala itu,tetamu kehormat disajikan makanan di ruangan VIP.Seusai makan peserta peserta smkbb merakam gambar di atas pentas beramai ramai sebelum bersurai.

1.00 petang bas tiba untuk menjemput kami pulang ke sekolah...
Bagi pihak jurnalis,pengalaman ini amat berharga bagi kami apabila terlibat dalam majlis yang disambut peringkat kebangsaan ini.Lebih lebih lagi,kami dapat berjumpa dengn orang orang kenamaan di Malaysia.
Saya sebagai ahli kelab fotojurnalis amat berterima kasih kepada Cikgu Afyudin dan Cikgu Wan Saiful kerana sudi melibatkan saya dalam majlis ini.Akhir kata dari kami,Semoga usaha dalam menuju ke arah dunia tanpa bahan buangan berjaya dengn lancar tanpa sebarang halangan.

Laporan: JURNALIS LAU CHEE KHANG, 3 ADIL