SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Jumaat, April 7

PENGALAMANKU DI BUMI DI BAWAH BAYU


Berikut merupakan perkongsian pengalaman manis saya sebagai seorang ahli Koperasi SMK Bandar Banting yang membuat Lawatan Penanda Aras ke Sabah.

Berita desas desus lawatan untuk ahli koperasi mula kecoh dalam kalangan kami. Kami seharusnya tidak melepaskan peluang bercuti bersama rakan begitu sahaja. Dengar sahaja Kundasang, Kota Kinabalu. Terbayang indah di sudut minda suasana dingin dan iklimnya yang sungguh menenangkan

7 APRIL 2017

02.00 pagi
Saya yang sedang lena dibuai mimpi dikejutkan dengan penggera telefon bimbit. Setelah selesai bersiap siap,saya yang dalam perjalanan kesekolah tersenyum sipu sendirian membayangi kesejukan dan keseronokan Kundasang. Angin pagi yang berembun mula terasa di pipi setelah sahaja saya keluar dari kereta ayah.

10.00 pagi
Kami telahpun tiba di KKIA (Kota Kinabalu International Airport) . Kegembiraan terserlah di riak wajah kami. Suasana dan angin baru di tempat orang kian terasa. Kami seramai 17 orang pelajar dan 9 orang guru bersama ahli keluarganya menaiki bas yang sudah siap disewa. Suasana yang asalnya agak sibuk berubah menjadi sunyi apabila dalam perjalanan kami melepaskan penat dengan melelapkan mata. Saya juga tidak lupa menelefon ibu saya memberitahu bahawa saya dan rakan-rakan telahpun selamat tiba.. Rindu mulai terasa...

12.00 tengah hari
Setelah beberapa jam. kami tiba di "Sabah Museum". Sebelum itu, Perut yang kosong sejak 7 pagi kami isi dengan lauk pauk orang Sabah. Sabah terkenal dengan makanan lautnya yang menarik perhatian pengunjung.
Di Sabah Museum terdapat rumah-rumah tradisi. Rumah panjang yang sebelum ini hanya dapat dilihat di kaca televisyen, kini dapat ku pegang dan pijak sendiri dengan kakiku sendiri.. Lebih menarik lagi, barang perhiasan 'handmade' orang Sabah dijual disitu.. kami yang tertarik dengan barang perhiasan itu membelinya untuk dijadikan kenang-kenangan.

3.00 petang
Tibanya kami di SMK Badin, Tuaran, kehadiran kami ke sini disambut baik oleh mereka. Misi kami sebagai warga koperasi bukan hanyalah berjalan melihat kawasan dingin Sabah,tetapi kami ingin mengorek ilmu dan rahsia kejayaan SMK Badin, iaitu sebagai sekolah idaman diluar sana. Kejayaan dan pencapaian yang diraih oleh mereka membuka mata kami lagi untuk mencuri ilmu mereka. Bukan sekadar dari aspek akademik bahkan koperasi mereka juga mendapat keuntungan dan pencapaian yang meningkat.. Perkhidmatan yang diberi oleh koperasi mereka juga membuat kami ingin tahu tips-tips kejayaan mereka.. Ilmu pengisian satu per satu dilontarkan oleh salah seorang pelajar SMK Badin.. Piala piala terpapar besar di bangunan sekolah mereka.piala tersebut diletakkan di dalam almari berkaca dan kelihatan megah di mata kami. Puan Pengetua, Pn Hajah Ros bt Lizan memerhati satu per satu piala yang tersergam indah,berharap agar sekolah kita SMK Bandar Banting turut mengikuti kemajuan akademik dan koperasi seperti mereka.

6.00 petang
Pelbagai ilmu pengisian tentang kejayaan mereka kami ambil. Setelah menjamah makanan yang dihidang oleh mereka. Kami tidak lupa mengambil gambar beramai-ramai di sekolah idaman tersebut. Kini tibanya masa kami pulang merehatkan diri. Lega dihati apabila dapat melelapkan mata dan berkongsi bantal bersama rakan. 

8 APRIL 2017

6.00 pagi
Angin pagi yang dingin melalui pipi.. Keterujaan kami kian terasa untuk perjalanan hari kedua ini.. Tentulah kami tidak sabar melawat sekitar Kundasang. Lebih menerujakan lagi, seawal jam 6 pagi matahari sudah kelihatan. Terang bagaikan jam 8 pagi.. Sebelum kami meneruskan perjalan ke Sungai Tagal (ikan kelah)
Kami diturunkan di kedai untuk bersarapan.. Sungai Tagal ini adalah satu kawasan yang dipenuhi ikan dimana kita boleh merasakan sendiri keistimewaannya. Kita boleh merendamkan kaki ke dalam air yang dipenuhi ikan.. ini juga dikatakan sebagai terapi..

9.00 pagi
Perjalanan kami diteruskan ke 'Sabah Tea' ,ladang teh asli dari Sabah.. Kesejukan di situ mengingatkan saya kembali suasana di Cameron Highland. Kedinginan bertambah apabila gerimis mulai turun membasahi tanah Sabah. Kami duduk berehat di kafe sambil merasai secawan teh panas yang asli dari daun teh di situ. Sambil menikmati kehangatan teh, pokok-pokok teh serta gunung ganang menghiasi pemandangan. Seterusnya, kami melawat di Taman Kinabalu dan mengambil beberapa swafoto. Bahang matahari kian terasa dan baju kami dibasahi keringat.

1.00 petang
Setelah makan dan solat berjemaah, kami terus bergegas ke 'Poring Hot Spring Sabah' Untuk merasakan kehangatan air. Guru-guru tidak sabar merendamkan kaki ke dalam kolam air hangat tersebut sambil berborak-borak. Disini, kami juga dapat melihat kawasannya yang sangat sempurna. Seakan akan kami berada di dalam hutan yang cantik.. Pokok-pokok besar,air terjun yang mengalir deras, bunyi-bunyi serangga dan jambatan kayu mengelilingi kami.. Terasa nyaman di minda. Pengalaman ini memang sukar dilupakan tambahan pula pada era globalisasi yang serba canggih ini dan tempat tinggal saya yang jauh dari hutan nyaman ini.

4.00 petang
Kegembiraan masih terasa, kami tiba di 'Desa Cattle Dairy Farm' dimana tempatnya seakan akan diluar negara. Tambahan pula cuaca yang sejuk dan berangin. Terdapat lembu-lembu di tengah-tengah kawasan berumput hijau dan pemandagan belakang yang begunung-ganang. Kami juga dapat melihat proses mereka mendapatkan susu asli lembu-lembu disitu. Saya juga turut tidak melepaskan peluang membeli dan merasa aiskrim susu lembu segar dari sini dan juga mengambil beberapa swafoto.

6.00 petang
Kini tibanya kami merehatkan diri di 'Homestay Kundasang' dan membersihkan diri. Setelah selesai solat Maghrib, kami bergegas membuat persiapan memasak untuk mengadakan sedikit makan malam beramai-ramai di halaman 'homestay' dan memanggang BBQ. Kambing bakar,ayam bakar, “seafood”,”steamboat”, dan buahan terhidang. Kami menjamah sambil bergurau senda berkongsi cerita. Suasana bertambah meriah apabila anak-anak kecil bermain berkejaran sambil dihiasi belon-belon berwarna warni. 

9 APRIL 2017

6.00 pagi
Setelah bersiap-siap. Kami mengambil sedikit sarapan yang sudah dimasak di homestay tersebut. Nasi goreng dan teh panas dinikmati di luar rumah sambil melihat pemandagan bergunung-ganang dan berbukit kehijuan.

7.30 pagi
Perjalanan pertama kami bermula untuk hari ini. Sebaik sahaja menaiki bas, kami terus ke Kinabalu Park dimana terletak di atas sekali. Sebaik sahaja tiba, keterujaan terserlah apabila awan-awan yang dulunya hanya dapat dilihat, kini dapat kami pegang dengan tangan kami sendiri. Awan-awan melalui lembut di pipi kami sebaik sahaja angin meniupnya. Selepas itu kami tidak lupa melawat kawasan-kawasan sekitarnya.

9.30 pagi
Perjalanan untuk ke Pasar Filipina agak jauh dan panjang. Jam menunjukkan tepat pukul 12 tengah hari. Kami singgah sebentar di pasar-pasar mencuci mata. Ada juga bakul-bakul dan perhiasan yang sudah di anyam oleh mereka untuk dijual. Sungguh unik dan sedikit sebanyak membuka mata saya lagi sebagai seorang pelajar.

1.30 tengah hari
Seperti biasa, keringat sudah membasahi baju kami yang sedang leka mencuci mata. Kini, kami baralih pula ke restoran berdekatan untuk mengambil makanan tegah hari. Saya tidak jemu-jemu memesan makanan laut untuk dijadikan lauk. Solat Zohor juga selesai ditunaikan. Seterusnya kami ke Pasar Filipina dimana pasar ini terkenal dengan pasar borong dek kerana harganya yang jauh lebih murah dan pilihan yang amat banyak. Bukan itu sahaja, bahkan layanan yang diberikan oleh penjual membuat kami para wanita lebih tertarik untuk membeli belah. Barang-barang pelbagai pilihan seperti contoh ikan kering,aksesori, baju dan t-shirt, kerongsang, bag, dan juga makanan ringan orang-orang sabah terdapat disini.

4.00 petang
Secara tidak sedar, masa berlalu dengan amat pantas sekali. Kami harus bergegas ke lapangan terbang sebelum jam 8.00 malam nanti. Banyak perkara yang harus diuruskan sebelum kami berlepas pulang ke semenanjung. Situasi di lapangan terbang sebelum berlepas agak kelam kabut dan tegang. Pengurusan barang diuruskan satu per satu dengan tenang oleh guru pengiring selepas masalah-masalah kecil mulai timbul. Masalah kecil ini menjadi kebiasaan jika membuat suatu lawatan secara beramai ramai. Saya amat bersyukur akan kehebatan mereka, guru pengiring yang memikul tanggungjawab untuk memastikan kami dalam keadaan baik dan selamat selama berada jauh dari keluarga. Mereka juga tidak sesekali terlepas pandang pada anak-anak kecil mereka yang asyik berlari kegembiraan.

12.00 malam
Syukur tidak terhingga kepada Tuhan.. Sebaik sahaja kapal terbang yang kami naiki mendarat,kami terus menguruskan diri dan mengambil bagasi masing-masing. Tidak ku sangka pengalaman yang ditunggu-tunggu kini sudah hampir ke penghujugnya. Saya mula membawa bagasi dan satu lagi beg yang besar berisi buah tangan lalu memasukkan ke dalam kereta ayah. Saya berasa amat lega dan gembira setelah dapat melihat wajah ayah setelah 3 hari menjauh dan kini ayah yang menyambut baik kepulanganku. Akhirnya, coretan pengalaman manis saya berakhir disini. Banyak perkara yang saya pelajari daripada mengikuti lawatan ini. Berdikari,menguruskan duit, menguruskan masa, mengemas baju sendiri, memastikan barang peribadi dalam keadaan selamat dan yang paling penting saya belajar menjaga diri oleh kerana jauh dari keluarga. Saya juga amat berbangga kepada guru-guru pengiring yang tidak pernah lelah mengawasi keselamatan keluarganya dan dalam pada masa yang sama menjaga kami. Lawatan ini banyak memberi impak positif kepada saya dan juga rakan-rakan.

Kini... Hanya Gambar-gambar yang dapat ku tenungi. Senyuman sering terukir di bibir ku jika teringatkan kenangan di Sabah.

Coretan Jurnalis Nadzirah Zuhairah