SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Khamis, April 20

Karnival Pendidikan Tinggi Kuala Langat


Karnival Pendidikan Tinggi Daerah Kuala Langat tahun 2017 telah diadakan pada 20 April 2017 bertempat di Dataran Bestari , SMK Bandar Banting . Terdapat 17 buah sekolah yang terlibat dalam majlis ini . Program Karnival Pendidikan Tinggi ini amat penting bagi murid-murid Tingkatan 5 kerana mereka adalah kumpulan tenaga kerja di masa hadapan . Oleh itu , mereka perlu diberi pendedahan dan bimbingan supaya dapat menetapkan hala tuju pendidikan untuk mencapai kerjaya yang bersesuaian dengan keperluan negara . 

Objektif program ini ialah murid dapat membuat keputusan pemilihan hala tuju pendidikan sesuai dengan kerjaya idaman mereka . Murid bermotivasi untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017 . Murid mengetahui informasi terkini berkaitan tawaran belajar di Institusi Pendidikan Tinggi selepas tamat Tingkatan 5 . Murid menyedari perlunya keputusan SPM yang baik untuk merancang hala tuju pendidikan bersesuaian dengan minat kerjaya mereka selepas tamat persekolahan . 


Persis kata peribahasa melayu , batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut yang membawa maksud seseorang yang sering bertukar - tukar kerja sukar untuk mencapai kemajuan . Sekalung penghargaan kepada Encik Agos Salim Bin Shahrom selaku penaung dan perasmi program serta Ppd Kuala Langat , MGK Kuala Langat , GBKSM Kuala Langat , Sekolah-Sekolah Menengah Daerah Kuala Langat . Jutaan terima kasikepada IPTA , IPTS dan badan yang terlibat iaitu WISDEC , MAHSA , Matrikulasi Selangor , Kolej Komuniti , ILP Kuala Langat , PTPTN Putrajaya , KUIS , Skyline , KV SAS , KPTM , Kem. Kesihatan Pergigian , Erican , Kolej ALC , Alled Earonautics Training Centre , Giatmara Banting , Aviation Management College , Auto Prima , Kolej Pengurusan Penerbangan , Kolej WIDAF , MSU , UNISEL dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Karnival Pendidikan Tinggi Daerah Kuala Langat 2017 ini secara langsung dan tidak langsung.