SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, April 12

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kuala Langat


Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam di sekolah-sekolah adalah antara usaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat bersepadu,berdisiplin,terlatih seperti kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan secara bersepadu di dalam ataupun di luar bilik darjah khasnya dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam.Dengan adanya pertandingan kawad kaki di peringkat negeri ini bukan sahaja membantu Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya Jabatan Pendidikan Selangor untuk mencapai hasrat di ata,malah bagi pelajar-pelajar itu sendiri dapat menunjukkan hasil latihan yang diterima di khalayak ramai.

Pada tanggal 12 April 2017,Smk Bandar Banting telah menjadi tuan rumah bagi acara yang gilang gemilang ini.Sesungguhnya berita akan pertandingan ini sering meniti dari bibir ke bibir warga sekolah SMKBB.Maka,seluruh warga Smkbb telah berusaha sedaya upaya bagi menjayakan hari yang penuh berbahagia ini. Atur cara dimulakan dengan kehadiran para peserta dari setiap pelosok daerah Kuala Langat.Kehadiran mereka disambut dengan hati yang terbuka oleh warga Smkbb.


Suasana sekolah menjadi semakin sesak tetapi dapat dikawal dengan baik oleh pihak pihak yang bertanggungjawab.Para peserta diiringi ke bahagian masing masing seperti GO,NGO dan KRS. Kemudian,Pertandingan Kawad Kaki bermula mengikut atur cara.Pasukan Kawad Kaki mempersembahkan kawad kaki dan beberapa formasi yang amat menarik.Daripada tinjauan jurnalis Smkbb,setiap pasukan telah membuat persembahan yang terbaik malahan mereka sudah berusaha sedaya upaya bagi merebut gelaran Juara Keseluruhan. Kita dapat menyaksikan betapa gemilangnya Pertandingn ini. 

Seusai Pertandingan Kawad Kaki,Tetamu kehormat tiba pada pukul 2.00 p.m. Majlis penutup dimulakan dengn Nyanyian lagu Negaraku diikuti dengn ucapan pengerusi pengelola,PN Hajah Ros bt Lizan,Pengetua Smk Bandar Banting.Kemudia ucapan wakil PPD ,Encik Agos Salim bin Shahrom,Timbalan Pegawai PPD Daerah Kuala Langat dan diakhiri dengn ucapan penutup daripada PN Asuma Beevi bt Mohd Sali, Pengerusi Kelab Belia Wanita Daerah Kuala Langat. Tiba pada acara kemuncak bagi penyampaian hadiah dan sijil kepada pasukan kawad kaki sekolah sekolah menengah Daerah Kuala Langat.

Penyampaian demi penyampaian,semakin tinggi sorakan pasukan dan penyokong. Senyuman yang penuh kegembiraan terukir di wajah para pasukan yang menjuarai.Ucapan syukur tidak lekang ditutur dan menyemarakkan lagi majlis penyampaian hadiah. Sebagai menggulung segala yang diperkatakan di atas,Smk Telok Panglima Garang telah merangkul Piala Keseluruhan dengan usaha dan semangat yang juang yang tinggi,memang patut pasukan SMKTPG menjuarai. Majlis bersurai dengan bacaan doa penutup dan sesi bergambar bagi dijadikan kenangan. Dari pihak Kelab Fotojurnalis,kami mengucapkan tahniah kepada pasukan SMK Telok Panglima Garang.Tidak dilupakan juga pasukan yang sudi hadir bagi menyemarakkan lagi pertandingan ini.Menang kalah adat pertandingan,semoga setiap pihak bersyukur dan mengambil hal ini sebagai iktibar dan perangsang bagi meningkatkan semangat juang setiap pelajar dalam mewakili sekolah masing masing.