SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Sabtu, April 1

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017


Pada 1 April 2017,SMK Bandar Banting telah mengadakan sambutan Hari Kecemerlangan 2017 di Dewan Bestari. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim B Haji Mohd Sharif, Timbalan Pengarah HEP IKBN Kuala Langat. Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa ,murid-murid SMK Bandar Banting, serta alumni 2016. Objektif program ini adalah untuk menghargai prestasi cemerlang murid-murid. Selain itu memotivasikan murid-murid agar lebih gigih berusaha. Akhir sekali, untuk menggalakkan murid untuk meningkatkan imej diri dan keluarga seiring dengan imej sekolah. 

Pendaftaran majlis bermula pada pukul 7.45 pagi lalu ibu bapa dijemput ke kantin untuk menjamah sarapan.Seterusnya mereka bergerak ke Dewan Bestari.Sebelum majlis bermula ,kami menunggu ketibaan tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Abdul Rahim B Haji Mohd Sharif. Kemudian majlis dirahmati dengan bacaan doa oleh Ustaz Ghozali . Seterusnya ,ucapan oleh pengetua diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Abdul Rahim b Hj Mohd Sharif. 


Sebelum majlis penyampaian anugerah bermula, majlis diserikan dengan pelbagai persembahan. Pertama sekali, persembahan deklamasi sajak oleh Nadzirah Zuhaira yang bertajuk 'Kejayaan'. Penyampaian anugerah yang pertama adalah anugerah kepada guru dan panitia, seterusnya anugerah terbaik mata pelajaran SPM, seterusnya anugerah cemerlang SPM,anugerah lonjakan saujana SPM, anugerah PISA, anugerah NILAM, dan anugerah tokoh pelajar. Penyampaian anugerah berehat seketika dengan persembahan 'keyboard' oleh Nadia Syafiqah. Penyampaian anugerah diteruskan dengan kategori anugerah terbaik mata pelajaran PT3, anugerah terbaik PT3, dan akhir sekali anugerah prestasi terbaik tingkatan peralihan,tingkatan 1,tingkatan 2 dan tingkatan 4 . Setelah penyampaian anugerah selesai,semua tetamu mula bersurai.