SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Sabtu, April 22

Kejohanan Olahraga SMK Bandar Banting



Warna Semangat Kami!!!


Semangat kesukanan sememangnya menyatukan kita semua,malahan semangat ini juga telah mengeratkan hubungan silaturahim antara umat manusia tanpa mengira bangsa dan agama. Malahan semangat ini juga ditonjolkan di pentas antarabangsa apabila wakil wakil negara mewakili dalam acara sukan kebangsaan.

Bak kata pepatah,melentur buluh biarlah dari rebungnya,maka semangat ini perlu dipupuk dari bangku sekolah lagi,mudah mudahan,semangat ini tersemat indah dalam jiwa dan raga seseorang individu.

Pada hari sabtu yang lepas bersamaan 22 April 2017, SMKBB telah menganjurkan temasya sukan tahunan di Stadium Jugra.Temasya ini disertai oleh pelajar SMKBB bagi mewakili rumah sukan masing masing. Di pentas ini, pelajar SMKBB telah menunjukkan semangat kesukanan dengan menyertai acara acara yang dipertandingkan di temasya ini. Guru-guru penasihat tidak lekang memberi semangat serta menguruskan acara-acara yang dipertandingkan.

Acara demi acara,larian demi larian,para penyokong bersorak dengan megah memecahkan keheningan pagi,malah,ada sebilangan pelajar yang sentiasa berdiri bagi menyokong rumah sukan masing-masing.

Khamis, April 20

Karnival Pendidikan Tinggi Kuala Langat


Karnival Pendidikan Tinggi Daerah Kuala Langat tahun 2017 telah diadakan pada 20 April 2017 bertempat di Dataran Bestari , SMK Bandar Banting . Terdapat 17 buah sekolah yang terlibat dalam majlis ini . Program Karnival Pendidikan Tinggi ini amat penting bagi murid-murid Tingkatan 5 kerana mereka adalah kumpulan tenaga kerja di masa hadapan . Oleh itu , mereka perlu diberi pendedahan dan bimbingan supaya dapat menetapkan hala tuju pendidikan untuk mencapai kerjaya yang bersesuaian dengan keperluan negara . 

Objektif program ini ialah murid dapat membuat keputusan pemilihan hala tuju pendidikan sesuai dengan kerjaya idaman mereka . Murid bermotivasi untuk berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2017 . Murid mengetahui informasi terkini berkaitan tawaran belajar di Institusi Pendidikan Tinggi selepas tamat Tingkatan 5 . Murid menyedari perlunya keputusan SPM yang baik untuk merancang hala tuju pendidikan bersesuaian dengan minat kerjaya mereka selepas tamat persekolahan . 

Ahad, April 16

Coretan Pengalaman di Majlis Pelancaran Recycling@U di UPM


Pelajar SMKBB telah dijemput ke Majlis Pelancaran Program Recycling@U pada 15 April 2017 di DEWAN BESAR PUSAT KEBUDAYAAN DAN KESENIAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Berikut ialah pengalaman saya sebagai JURNALIS SMKBB...

6.40 pagi
Saya melihat suasana sekolah yang masih sepi...dengn kegelapan pagi...embun embun yabg masih segar di udara.Namun saya tetap keluar dari kereta dan menjelajah sekolah ini.

7.00 pagi
Seorang demi seorang pelajar smkbb yang tiba di perkarangan sekolah.Kami ditugaskan untuk mengambil makanan yang telah ditempah oleh CIKGU WAN SAIFUL dari kantin sebagaj sarapan pagi.Sementara menunggu kehadiran bas,kami bergurau senda dan berborak tentang perjalanan kami pada hari ini.

7.30 pagi
Bas tiba di kawasan sekolah dan kami mula memindahkan makanan serta memasuki perut bas tersebut.Cikgu wan saiful memeriksa kehadiran pelajar yang terlibat bagi membuat "checklist ",dan kami mula bertolak dari kawasan sekolah menuju ke UPM.
Sepanjang perjalanan,ahli kelab fotojurnalis merakam gambar sepanjang perjalanan.Beberapa pelajar lain merakam swafoto bagi dijadikan kenangan.

8.30 pagi
Kami tiba di UPM,Bangunan yang tersergam indah berhadapan dengan tapak yang lapang.Suasana agak meriah dengn kehadiran pelajar dari sekolah lain yang agak terkenal seperti Sekolah Sultan Alam Shah,Shah alam,Kolej Tunku Kursiah,MRSM KUBU BAHRU dan lain lain.Kami diberi minum pagi(Roti dan Milo).Para pelajar sibuk mengambil swafoto sementara cikgu sedang mendaftar di kaunter pendaftaran.

9.00 pagi
Kami dijemput masuk ke dalam DEWAN BESAR.Sebelum masuk,Cikgu Afyudin mengumpulkan ahli kelab fotojurnalis bagi memberi sedikit taklimat tetang perjalanan majlis kemudian kami menjelajah ke dalam dewan itu.Suasana agak meriah dengn pelajar pelajar yang menyediakan pameran Kitar Semula.Saya mula menuju ke arah pameran dan pameran yang paling menarik ialah pameran di mana plastik dijadikan fabrik.Menurut wanita yang menjaga booth tersebut,fabrik ini dijadikan tudung shawl dan memperagakan tudung tersebut,fabrik fabrik tersebut jugak amat lembut dan licin.3 patung maneqquin digunakan bagi menunjukkan sampel bagi pakaian yang terhasil daripada fabrik tersebut(boleh rujuk gambar).Selain itu,wanita tersebut juga menerangkan bagaimana fabrik tersebut terhasil.Botol plastik akan di "crush",kemudian dilebur dan ditarik hinggan menjadi fabrik.Mungkin para pembaca boleh melihat prosesnya di internet.
Saya juga mengunjungi booth dimana mereka membuat inovasi dari bahan kitar semula,antara inovasi tersebut penyapu,peyiram pokok dan lain lain.Selain itu, bahan tersebut jugak dijadikan alat permainan di mana pemain perlu melontar "cap" kedalam tin yang teloh dipotong.

Rabu, April 12

Pertandingan Kawad Kaki Daerah Kuala Langat


Penubuhan Pasukan Pakaian Seragam di sekolah-sekolah adalah antara usaha Kementerian Pelajaran Malaysia ke arah mencapai hasrat untuk melahirkan masyarakat bersepadu,berdisiplin,terlatih seperti kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.Penerapan nilai-nilai murni dilaksanakan secara bersepadu di dalam ataupun di luar bilik darjah khasnya dalam aktiviti Pasukan Pakaian Seragam.Dengan adanya pertandingan kawad kaki di peringkat negeri ini bukan sahaja membantu Kementerian Pelajaran Malaysia khasnya Jabatan Pendidikan Selangor untuk mencapai hasrat di ata,malah bagi pelajar-pelajar itu sendiri dapat menunjukkan hasil latihan yang diterima di khalayak ramai.

Pada tanggal 12 April 2017,Smk Bandar Banting telah menjadi tuan rumah bagi acara yang gilang gemilang ini.Sesungguhnya berita akan pertandingan ini sering meniti dari bibir ke bibir warga sekolah SMKBB.Maka,seluruh warga Smkbb telah berusaha sedaya upaya bagi menjayakan hari yang penuh berbahagia ini. Atur cara dimulakan dengan kehadiran para peserta dari setiap pelosok daerah Kuala Langat.Kehadiran mereka disambut dengan hati yang terbuka oleh warga Smkbb.

Jumaat, April 7

PENGALAMANKU DI BUMI DI BAWAH BAYU


Berikut merupakan perkongsian pengalaman manis saya sebagai seorang ahli Koperasi SMK Bandar Banting yang membuat Lawatan Penanda Aras ke Sabah.

Berita desas desus lawatan untuk ahli koperasi mula kecoh dalam kalangan kami. Kami seharusnya tidak melepaskan peluang bercuti bersama rakan begitu sahaja. Dengar sahaja Kundasang, Kota Kinabalu. Terbayang indah di sudut minda suasana dingin dan iklimnya yang sungguh menenangkan

7 APRIL 2017

02.00 pagi
Saya yang sedang lena dibuai mimpi dikejutkan dengan penggera telefon bimbit. Setelah selesai bersiap siap,saya yang dalam perjalanan kesekolah tersenyum sipu sendirian membayangi kesejukan dan keseronokan Kundasang. Angin pagi yang berembun mula terasa di pipi setelah sahaja saya keluar dari kereta ayah.

10.00 pagi
Kami telahpun tiba di KKIA (Kota Kinabalu International Airport) . Kegembiraan terserlah di riak wajah kami. Suasana dan angin baru di tempat orang kian terasa. Kami seramai 17 orang pelajar dan 9 orang guru bersama ahli keluarganya menaiki bas yang sudah siap disewa. Suasana yang asalnya agak sibuk berubah menjadi sunyi apabila dalam perjalanan kami melepaskan penat dengan melelapkan mata. Saya juga tidak lupa menelefon ibu saya memberitahu bahawa saya dan rakan-rakan telahpun selamat tiba.. Rindu mulai terasa...

Sabtu, April 1

Hari Anugerah Kecemerlangan 2017


Pada 1 April 2017,SMK Bandar Banting telah mengadakan sambutan Hari Kecemerlangan 2017 di Dewan Bestari. Majlis ini dirasmikan oleh Tuan Haji Abdul Rahim B Haji Mohd Sharif, Timbalan Pengarah HEP IKBN Kuala Langat. Majlis ini dihadiri oleh ibu bapa ,murid-murid SMK Bandar Banting, serta alumni 2016. Objektif program ini adalah untuk menghargai prestasi cemerlang murid-murid. Selain itu memotivasikan murid-murid agar lebih gigih berusaha. Akhir sekali, untuk menggalakkan murid untuk meningkatkan imej diri dan keluarga seiring dengan imej sekolah. 

Pendaftaran majlis bermula pada pukul 7.45 pagi lalu ibu bapa dijemput ke kantin untuk menjamah sarapan.Seterusnya mereka bergerak ke Dewan Bestari.Sebelum majlis bermula ,kami menunggu ketibaan tetamu jemputan iaitu Tuan Haji Abdul Rahim B Haji Mohd Sharif. Kemudian majlis dirahmati dengan bacaan doa oleh Ustaz Ghozali . Seterusnya ,ucapan oleh pengetua diikuti dengan ucapan perasmian oleh Tuan Haji Abdul Rahim b Hj Mohd Sharif.