SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Rabu, Oktober 15

Warkah Kenangan Buat Cikgu Ong….

Kehadapan Cikgu Ong rakanku yang diingati selalu…Diharapkan dirimu sentiasa sihat sejahtera…Lewat hari persaraan mu…hati ini meronta-ronta untuk mencoretkan kenangan di helaian kertas ini…
Kita dibesarkan disebuah negeri yang sama iaitu Perak Darul Ridzuan…kita juga dibesarkan di sebuah tempat yang sama iaitu Bagan Serai.Perak. Pekan kecil yang tenang namun meriah.
            Cikgu Ong….mengenali dirimu dari tahun 1999..Sejak mula saya ditempatkan di  SJKC Choong Hua,Banting. Isteri Cikgu Ong, Pn Ng Chai Leng merupakan rakan sekerja disekolah yang sama dan sering bantu membantu dalam panitia yang sama,,iaitu panitia Bahasa Inggeris. Waktu itu saya sering melihat Cikgu Ong mengambil dan menghantar isteri dan anak-anak beliau kesekolah. Adakala kita bertembung dan senyuman terukir dibibirmu sambil bertanya khabar. Waktu itu saya mengenali Ong sebagai seorang guru disiplin di SMK Methodist. Kacak dan kemas…dengan tali leher dan baju berlengan panjang…itu yang selalu dilihat pada waktu itu.
            Tahun 2009, selepas saya menamatkan pembelajaran saya di universiti, saya ditempatkan di SMK Bandar Banting…dan saya memang mengetahui kamu telah berpindah disini….dalam hati…Hmmm…nasib baik ada rakan yang masih dikenali di SMK Bandar Banting.

Ahad, Mei 18

SEBATANG PENSEL

Aku melihat sebatang pensel itu dari kerusi rehat berhampiran kawasan perhimpunan. Tiada siapa yang memperdulikannya. Sebatang pensel di tepi kawasan perhimpunan pelajar itu dibiarkan sepi. Penselnya masih panjang dan diasah tajam. Siapakah tuan punya pensel itu??Mengapa tiada seorang pun pelajar sekolahku ini mengambilnya? Adakah pensel itu terlalu murah??
Adakah pensel itu tiada ertinya dalam kehidupan mereka??
   Aku membiarkan sehingga perhimpunan pagi itu tamat…Aku ingin memerhatikan siapakah dikalangan pelajarku akan mengambil pensel itu. Apabila perhimpunan pendek itu selesai, aku mengharapkan ada yang mengambil pensel itu…namun semuanya hampa. Kebanyakkan pelajar berlalu pergi walaupun aku tahu sesetengahnya menyedari kewujudan pensel itu disitu. Hatiku lebih terharu apabila pensel itu dipijak oleh beberapa orang pelajar. Mereka menyedari telah terpijak pensel itu, namun mereka berlalu pergi tanpa mengambilnya. Setelah semua pelajar berlalu pergi, aku memungut pensel itu. Aku membawa pensel itu kedadaku. Tanpa kusedari, airmataku mengalir dipipi tanpa dijemput. Kenangan lalu sewaktu disekolah rendah awal tahun 80-an terimbau diruangan memori.
   “Mak, Syim nak beli pensel baru la…pensel lama ni dah pendek sangat”. Kataku pada emak yang sedang memasak.

GURU DAN CIKGU


Ahad, April 20

Sabtu, Februari 8

Khamis, Januari 16

GELAGAT MERENTAS DESA SMKBB 2014

Pada 16 Januari yang lalu, telah berlangsung kejohanan merentas desa SMK Bandar Banting, berikut merupakan gambar-gambar gelagat warga SMKBB sewaktu kejohanan tersebut.