LAMAN BLOG INI DALAM PROSES PENAMBAHBAIKAN SEGALA KESULITAN AMAT DIKESALI. ADMIN AKAN MENGEMASKINI BLOG INI SELEWATNYA AKHIR BULAN DISEMBER 2011. HARAP MAKLUM.
Ahad, November 13
Ahad, September 18
Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan & Hari Raya Aidilfitri
Pada tahun ini, negara Malaysia menyambut Hari Kebangsaan ke-54 bersama dengan Hari Raya Aidilfitri. Sehubungan dengan itu, satu majlis 'Merdeka Raya' telah diadakan pada 15 September 2011 bertempat di Dataran Bestari, SMK Bandar Banting.
Sabtu, September 3
Peperiksaan Percubaan SPM 2011
Selamat menjawab peperiksaan percubaan SPM bagi pelajar tingkatan 5 SMK Bandar Banting. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan memperoleh keputusan yang baik. Selamat Maju Jaya dari warga pendidik SMK BANDAR BANTING.
Majlis Khatam Quran, Sumbangan Anak Yatim & Pelancaran Album IRSYAD
Pada 26 Ogos lepas berlangsung satu majlis khatam Quran di surau Al-Kauthar. Di samping itu, terdapat dua program yang lain yang turut memeriahkan majlis khatam Quran tersebut, iaitu program penyerahan sumbangan anak yatim dan juga pelancaran album pertama koleksi selawat dan zikir kumpulan nasyid SMK Bandar Banting, iaitu kumpulan IRSYAD.
Jumaat, Ogos 26
Solat Hajat Perdana Anjuran Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Langat
Pada 25 Ogos bersamaan 25 Ramadhan, telah berlangsung majlis iftar dan solat hajat perdana anjuran PPD Kuala Langat di surau Al-Kauthar, SMK Bandar Banting. Solat hajat ini dianjurkan agar pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM pada tahun ini beroleh kejayaan yang cemerlang di samping keberkatan bulan Ramadan yang mulia ini. Para tetamu yang hadir ialah Tuan Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Tn Hj Abdul Talib Bin Hamid, pengetua/guru besar sekolah di Kuala Langat, guru-guru Pendidikan Islam Kuala Langat dan guru-guru SMK Bandar Banting. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin dan diakhiri dengan solat hajat dan solat sunat terawih.
Rabu, Ogos 17
Program Nilam
Membaca merupakan satu amalan mulia, lantas dengan itu bagi menjadikan membaca sebagai satu budaya warga SMK Bandar Banting, setiap hari bermula jam 7.15 pagi, pelajar beserta para guru akan turun ke Dataran Bestari bagi menjayakan program NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca). Pelajar dan guru akan membaca sebarang buku ilmiah dari 7.15 hingga 7.30 pagi dimana sebelum perhimpunan harian dimulakan.
Peperiksaan Percubaan PMR 2011
Selamat menjawab peperiksaan percubaan PMR bagi pelajar tingkatan 3 SMK Bandar Banting. Semoga dapat menjawab soalan dengan tenang dan memperoleh keputusan yang baik. Selamat Maju Jaya dari warga pendidik SMK BANDAR BANTING.
Sabtu, Ogos 13
Majlis Berbuka Puasa
Panitia Pendidikan Islam dan Kelab Staf telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa pada 12 Ogos yang lepas. Pelajar tingkatan 5, AJK PIBG dan guru-guru SMKBB telah sama-sama mengimarahkan majlis berbuka puasa ini. Antara pengisian pada majlis berbuka puasa ialah, tadarus Quran yang dimulakan jam 6.30 petang, majlis berbuka puasa, solat terawih dan tazkirah Ramadhan.
Rabu, Ogos 10
Perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan SMK Bandar Banting 2011
Sempena dengan Bulan Kemerdekaan 2011, Bidang Kemanusiaan SMKBB telah mengadakan perasmian Bulan Penghayatan Kemerdekaan 2011. Bulan Penghayatan Kemerdekaan ini akan bermula dari 8 Ogos sehinggalah 19 Sepetember 2011. Tema Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah 1 Malaysia: Tranformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
Sabtu, Julai 30
Program Kerjaya Dalam ICT
Pada 29 Julai yang lalu, beberapa orang pelajar Fakulti Teknologi Maklumat Universiti Tun Abdul Razak telah berkunjung ke SMK Bandar Banting bagi menyampaikan program kerjaya dalam ICT. Pelajar-pelajar tingkatan 5 Sains 2 telah terpilih mengikuti program tersebut yang diadakan di Bilik APD, SMK Bandar Banting.
Langgan:
Catatan (Atom)


