SELAMAT DATANG KE BLOG RASMI SMK BANDAR BANTING  »   Iltizam dan Tawakal Asas Kecemerlangan

Sabtu, Julai 2

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Pada 28 Jun hingga 1 Julai 2022, telah berlansungnya Kejohanan MSSD Badminton selama 4 hari di SMK Telok Panglima Garang.

Sukacita dimaklumkan murid SMKBB telah meraih kejayaan/pencapaian dalam kategori berikut:

🥉🏅Tempat Ketiga: Perseorangan Lelaki B15 ( Muhammad Khairish Darwiez, 2 Adil)

🥉🏅Tempat ketiga: Beregu Lelaki B15
( Afeezul Hakimy, 3 Iltizam & Hafiy Hazim, 2 Bakti )

Terima kasih tidak terhingga kepada puan pengetua atas semangat yang diberikan serta semua pentadbir yang sentiasa membantu mempermudahkan team badminton SMKBB sehingga tamat perlawanan.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada jurulatih badminton SMKBB, Cikgu Sinuzula dan Cikgu Fitri atas pengorbanan masa untuk melatih dan memberikan yang terbaik kepada team badminton dari awal pemilihan murid sehingga ke akhir kejohanan. Serta terima kasih buat pengurus pasukan Cikgu Safidah atas kerjasama yang tidak berbelah bahagi sebelum dan selepas kejohanan badminton.

❤️Terima kasih semua guru SMKBB yang banyak membantu. Syukur Alhamdulillah.❤️

Sumber gambar dan laporan: Cikgu Hafizah

#Kebersamaan Memacu Kegemilangan
#SMKBB: Be The Best!!!