Assalammualaikum & Selamat Sejahtera
PENYERAHAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2020
➡️Perhatian kepada SEMUA CALON SPM 2020 SMK BANDAR BANTING
➡️Pihak sekolah akan membuat sesi penyerahan Sijil SPM tahun 2020 mengikut ketetapan berikut :
📌TARIKH : 28, 29 & 30 JULAI 2021
📌HARI : RABU, KHAMIS & JUMAAT
📌MASA : 9.00 PAGI hingga 1.00 TENGAH HARI
📌Tempat : FOYER SMK BANDAR BANTING ( rujuk pelan kedudukan )
📌 KAEDAH PENYERAHAN : PANDU LALU
➡️Mohon semua pelajar hadir mengikut tarikh & masa yang telah ditetapkan (Rujuk jadual penyerahan mengikut kelas)
➡️Hanya 2 ORANG dibenarkan sama ada pelajar dan bapa/ibu/penjaga sahaja (jika berkereta) dan SEORANG sahaja (jika bermotosikal atau berjalan kaki). Kawan TIDAK DIBENARKAN.
➡️Pelajar perlu menunjukkan Kad Pengenalan semasa mengambil sijil.
📍wakil pelajar WAJIB membawa salinan Kad Pengenalan
➡️Pastikan pelajar berada dalam keadaan sihat semasa mengambil sijil SPM & sentiasa mematuhi SOP.
➡️Pelajar yang sedang menjalani tempoh kuarantin @ positif Covid 19 TIDAK DIBENARKAN untuk hadir mengambil sijil.
➡️Ambil suhu dan scan QR Code My Sejahtera di Kaunter Pendaftaran (Rujuk Pelan Kedudukan)
➡️Sebarang pertanyaan boleh rujuk guru kelas masing-masing.
🌹Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan/puan/pelajar amat dihargai dan diucapkan terima kasih..